Alkohol boleh disediakan dengan menggunakan 2 kaedah
- Penghidratan alkena
- Penapaian
Penghidratan Alkena
- Semasa kita membincang sifat-sifat kimia alkena, kita telah mengetahui bahawa, apabila alkena menjalani tindak balas peambahan dengan stim, alkohol akan dihasilkan. (lihat penghidratan alkena).
- Persamaan di bawah menunjukkan penghidratan etena dan propena untuk menghasilkan etanol dan propanol masing-masing.
Penghidratan Etena
C2H4 + H2O → C2H5OH
Penghidratan Propena
C2H4 + H2O → C2H5OH
Penapaian
- Kaedah ini hanya boleh digunakan untuk menyedia etanol.
- Penapaian adalah proses kimia di mana mikroorganisma seperti yis bertindak ke atas karbohidrat untuk menghasilkan etanol dan karbon dioksida.
- Apabila is ditambah kepada gula (contoh: glukosa), penapaian berlaku. Semasa penapaian, yis menghasilkan sejenis enzim yang bernama zimase. Enzim zimase boleh memecahkan molekul glukosa ke molekul yang lebih ringkas, iaitu etanol dan karbon dioksida.
\[{C_6}{H_{12}}{O_6}\xrightarrow{{yeast}}2{C_2}{H_5}OH + 2C{O_2}\] - Yis dibunuh oleh etanol apabila kepekatannya m melebihi 15%, dan menghadkan ketulenan etanol yang boleh dihasilkan.