Menghasilkan Asid Karboksilik Dengan Pengoksidaan Alkohol
- Alkohol boleh dioksidakan untuk membentuk asid karboksilik dengan menggunakan larutan kalium dikromat(VI) dan kehadiran asid sulfurik cair.
- Persamaan Kimia di bawah mewakili tindak balas ini.
C2H5OH+2[O] → CH3COOH + H2O - Rajah di bawah menunjukkan radas yang digunaka untuk menyediakan asid etanoik.
- Campuran dipanaskan di bawah refluks untuk mencegah etanol mengewap dan terlepas ke sekelilingnya sebelum ia mempunyai masa yan emncukupi untuk dioksidakan kepada asid karboksilik.
- Wap etanol akan dikondensasi menjadi cecair dalam kondenser Liebig, seterusnya mengalir kembali ke dalam balang untuk menyelesaikan tindak balas.
- Campuran ini dipanaskan dengan menggunakan kukus air:
- untuk memastikan suhu adalah tetap
- untuk memastikan pemanasan seragam (haba dibekalkan dengan sama rata)