Penyediaan Larutan Piawai
- Larutan piawai ialah larutan yang kepekatannya diketahui dengan tepat.
- Langkah-langkah yang diambil dalam menyediakan larutan piawai adalah:
- Pastikan isi padu dan kemolaran larutan yang hendak disediakan, keudian jisim zat terlarut yang diperlukan dikira.
- Bahan larut dilarutkan sepenuhnya dalam air suling dan dipindahkan kepada kelalang volumetrik yang sebahagiannya sudah diisi dengan air suling.
- Air suling ditambah ke dalam kelalang volumetrik hingga tanda senggatan
- Kelalang volumetrik ditelangkupkan beberapa kali untuk memastikan campuran sekata.
Soalan-soalan Pengiraan
- Langkah-langkah pengiraan jisim zat terlarut bagi satu larutan piawai
- pastikan kepekatan dan isipadu larutan yang hendak disediakan
- kira bilangan mol zat Larut yang diperlukan
- hitungkan jisim zat terlarut yang diperlukan daripada bilangan mol yang diperolehi
Contoh:
Berapakah jisim natrium hidroksida yang diperlukan untuk menyediakan 500 cm3 larutan natrium hidroksida 0.5 mol/dm3.
[JAR: Na=23; O=16; H=1]
Jawapan:
123
Berapakah jisim natrium hidroksida yang diperlukan untuk menyediakan 500 cm3 larutan natrium hidroksida 0.5 mol/dm3.
[JAR: Na=23; O=16; H=1]
Jawapan:
123