Mentol | - Mentol kecerahan tinggi digunakan.
- Mentol mesti diletakkan di pusat lengkung bagi cermin cekung.
|
Cermin cekung | - Fungsi cermin cekung adalah untuk memantul dan memfokus cahaya yang memancar ke arah kondenser.
- Ini adalah untuk meningkatkan kecerahan gambar.
|
Kondenser | - Kondensor terdiri daripada dua kanta Plano-cembung.
- Fungsi kondensor adalah memfokuskan semua cahaya yang mencerahkan seluruh bahagian slaid.
- Ia juga berfungsi sebagai penebat haba untuk menghalang haba dari mentol supaya ia tidak merosakkan slaid.
|
Slaid | - Slaid bertindak sebagai objek.
- Ia terletak pada jarak antara f dan 2f dari kanta projektor sehingga gambar yang dihasilkan adalah nyata dan diperbesarkan.
- Slaid sengaja diletakkan terbalik supaya imej terbentuk di skrin kelihatan tegak.
|
Kanta Projektor | - Kanta projektor menayang dan memfokus imej di skrin yang terletak beberapa meter jauhnya.
- Ia dapat diselaraskan untuk memfokuskan imej yang tajam di atas skrin.
|
Imej | Imej yang dihasilkan adalah - Nyata (ia terbentuk di skrin)
- Diperbesarkan
- Songsang (Oleh kerana slaid diletakkan terbalik, maka gambar kelihatan tegak)
|