Proses Haber
- Ammonia dihasilkan dalam industri melalui Proses Haber.
- Dalam proses Haber, gas nitrogen, N2 (dari udara) bertindak balas dengan gas hidrogen, H2 (diperoleh terutamanya dari gas asli).
- Campuran dimampatkan kepada tekanan tinggi 200 atmosfera pada suhu kira-kira 450 ° C.
- Besi digunakan sebagai pemangkin untuk mempercepatkan kadar reaksi.
- Persamaan kimia di bawah menunjukkan tindak balas ini:
N2 (g) + 3H2 (g) → 2NH3 (g) - Sekitar 98% campuran diubah menjadi ammonia, NH3.
- Gas nitrogen dan hidrogen yang tidak bertindak dikitar semula dan disalurkan semula ke dalam reaktor bersama sumber gas nitrogen dan gas hidrogen yang baru.