Resonans
Dalam ayunan paksaan, jika frekuensi daya luaran sama dengan frekuensi asli sistem, sistem akan berayun dengan amplitud maksimum, dan ini dinamakan sebagai resonans.
Contoh-contoh Resonans
- Penyanyi Opera memecahkan gelas arak “wine” dengan suaranya degngan kesan resonans.
- Jambatan Tacoma Narrow di AS runtuh pada tahun 1940 kerana kesan resonans.
- Bas bergerak menghasilkan bunyi yang berlebihan pada kelajuan tertentu apabila frekuensi enjin sama dengan frekuensi asli bas, juga disebabkan resonans.
Aplikasi-aplikasi Resonans
- Resonans digunakan untuk menala radio atau televisyen ke saluran kegemaran anda.
Bandul Bartons
Kesan resonans dapat ditunjukkan dengan sistem bandul Barton.
Pemerhatian
1. Apabila bandul X berayun, bandul lain juga berayun.
2. Bandul D akan berayun dengan amplitud terbesar.
Penerangan
Bandul D mempunyai panjang yang sama dengan bandul X, Oleh itu frekuensi aslinya sama dengan bandul X. Apabila bandul X berayun, resonans berlaku ke atas bandul D. Oleh itu, bandul D berayun dengan amplitud maksimum.