- Rintangan R suatu bahan ditakrifkan sebagai nisbah V: I, di mana V adalah beza keupayaan merentasi keseluruhan bahan dan I adalah arus yang mengalir di dalamnya.
- Unit SI rintangan adalah Ohm (W). Satu Ohm adalah rintangan di mana arus satu Ampere mengalir melalui bahan itu apabila beza keupayaan satu volt dikekalkan.
Mencari Rintangan daripada Graf Beza Keupayaan – Arus
Dalam graf beza keupayaan melawan arus, kecerunan graf sama dengan rintangan perintang.
Rintangan, R = Kecerunan Graf
Konduktor Ohm
- Konduktor yang mematuhi Hukum Ohm dinamakan sebagai konduktor Ohm.
- Konduktor Ohm menghasilkan satu garis lurus yang melalui asalan pada graf V melawan I seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.
- Contoh-contoh konduktor Ohm: Logam, larutan kuprum sulfat dengan elektrod kuprum
Konduktor Bukan Ohm
- Konduktor yang tidak mematuhi undang-undang Ohm digelar konduktor bukan Phm.
- Contoh: Diod Semikonduktor, diod tiub vakum
(Contoh=contoh Konduktor Bukan Ohm) |
Faktor-faktor Mempengaruhi Rintangan
Rintangan R bagi suatu konduktor bergantung kepada:
- Panjangnya l,
- Luas keratan rentasnya, A
- Suhu dan
- Jenis bahan
Panjang
- Rintangan berkadar terus dengan panjang konduktor.
- Semakin panjang satu konduktor, semakin tinggi rintangannya.
- Rintangan adalah berkadar songsang dengan luas keratan rentas satu konduktor.
- Semakin besar luas keratan rentas, semakin kecil rintangannya.
Suhu
Konduktor dengan suhu yang lebih tinggi mempunyai rintangan yang lebih tinggi.
Jenis Bahan
Bahan yang berbeza mempunyai kerintangan yang berbeza. Contohnya, rintangan wayar kuprum lebih rendah daripada wayar besi.
Ringkasan
Oleh kerana rintangan berkadar terus dengan panjang dan berkadar songsang dengan luas keratan rentas konduktor. Jika terdapat dua perintang yang dibuat daripada bahan yang sama dan mempunyai suhu yang sama, kita dapat mengaitkan rintangan kedua-dua perintang itu dengan persamaan berikut.