Struktur Atom Karbon
- Karbon terletak di dalam kumpulan 14 jadual berkala. Ia mempunyai enam elektron, oleh itu susunan elektronnya ialah 2.4.
- Atom karbon mempunyai empat elektron valen di petala terluar seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah.
- Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, setiap atom karbon membentuk 4 ikatan kovalen dengan atom lain.
Contoh
Metana
Satu atom karbon bergabung dengan 4 atom hidrogen membentuk satu molekul metana, CH4.
Etana
Jika dua atom karbon bergabung, setiap satu atom karbon masih boleh membentuk ikatan dengan tiga atom hidrogen dan membentuk molekul etana
, C2H6.
Bilangan Ikatan
Setiap atom karbon membentuk 4 ikatan kovalen dengan atom lain. 4 ikatan kovalen itu boleh wujud dalam tiga bentuk seperti berikut.
Ikatan tunggal
Ikatan ganda dua
Ikatan ganda tiga
Sebatian Karbon
- Sebatian karbon boleh dibahagi kepada dua kumpulan:
- Sebatian karbon organik
Berasal daripada benda hidup. Contoh:- Etana
- Etena
- Etanol
- Asid etanoik
- Etil etanoat
- Tetraklorometana
- Sebatian karbon bukan organik
Bukan berasal daripada benda hidup. Contoh:- Karbon monoksida
- Karbon dioksida
- Kalsium karbonat
- Sebatian karbon organik