Sel Daniel

Sel Kimia - Sel Daniel

  1. Sel Daniel direka cipta oleh ahli kimia yang bernama John Frederic Daniell pada tahun 1836.
  2. Ia dicipta untuk mengatasi masalah gelembung-gelumbung gas hidrogen yang terdapat pada sel kimia ringkas.
  3. Sel Daniell terdiri daripada elektrod zink dan kuprum.
  4. Elektrod zink terendam di dalam larutan zink sulfat (atau asid sulfurik cair) manakala elektrod kuprum terendam di dalam larutan kuprum(II) sulfat.
  5. Terdapat dua struktur sel Daniell:
    1. Sel Daniell dengan pasu berliang
    2. Sel Daniell dengan titian garam

Sel Daniel dengan Pasu Berliang

  1. Rajah di bawah menunjukkan struktur Sel Daniel dengan pasu berliang.
  2. Dalam sel Daniel, larutan zink sulfat dan larutan kuprum(II) sulfat diasingkan antara satu sama lain oleh pasu berliang.
  3. Kepingan zink dicelup ke dalam larutan akueus zink sulfat manakala kepingan kuprum dicelup ke dalam larutan akueus kuprum(II) sulfat
    1. Oleh kerana zink adalah lebih elektropositif berbanding kuprum, maka logam zink dijadikan elektrod negatif dan logam kuprum dijadikan elektrod positif.
    2. persamaan untuk mewakili tindak balas di setengah sel dikenal sebagai persamaan setengah.

    Di Anod (Elektrod Zink)

    Atom-tom zink membebaskan dua elektron dan membentuk ion-ion zink.

    Zn  Zn2+ + 2e
    Pemerhatian:
    Elektrod zink terkakis ( menjadi semakin nipis) .

    Di Katod (Elektrod Kuprum)

    Ion-ion kuprum(II) di dalam elektrolik dinyahcas dan membentuk atom-atom kuprum

    Cu2+ + 2e  Cu

    Pemerhatian:
    Elektrod kuprum semakin tebal. 

    Pemerhatian Lain:

    1. Jarum galvanometer terpesong.
    2. Warna biru larutan kuprum(II) sulfat semakin pudar kerana kepekatan ion-ion kuprum semakin menurun

    Fungsi Pasu Berliang:

    Fungsi-fungsi pasu berliang ialah untuk

    1. melengkapkan litar dengan membenarkan laluan ion-ion menerusinya.
    2. mengasingkan larutan kuprum(II) sulfat daripada zink sulfat

    Kelemahan Sel Daniel

    1. Elektrolitnya mudah melimpah keluar apabila dibawa ke tempat yang lain.
    2. susah dibawa
    3. beza keupayaan sel akan berkurangan dengan pantas disebabkan oleh fenomena kekutuban sel.

    Sel Daniel Dengan Titian Garam


    1. Titian garam terdiri daripada sekeping kertas turas yang direndam ke dalam elektrolit lengai seperti larutan tepu natrium sulfat.
    2. Ia mungkin juga sebuah tiub-U yang mengandungi elektrolit lengai larutan akueus tepu.
    3. Hujung-hujung tiub-U ditutup dengan penyumbat wul kaca.
    4. Titian garam menyambungkan larutan akueus zink sulfat dengan larutan akueus kuprum(II) sulfat dan melengkapkan litar elektrik dengan membenarkan pergerakan ion-ion melalui elektrolit di dalamnya.

    Leave a Comment