Boiling Points
Jadual di bawah menunjukkan takat lebur dan takat didih bagi sembilan laukana yang pertama yang berantai lurus
Alkana | Takat lebur ( Co) | Takat didih ( Co) | Keadaan fizik pada keadaan bilik |
Metana | -182 | -161 | Gas |
Etana | -183 | -88 | Gas |
Propana | -188 | -44 | Gas |
Butana | -138 | -1 | Gas |
Pentana | -130 | 36 | Cecair |
Heksana | -96 | 69 | Cecair |
Heptana | -91 | 99 | Cecair |
Oktana | -57 | 126 | Cecair |
Nonana | -54 | 151 | Cecair |
|
Takat didih alkana |
- Graf diatas menunjukkan takat didih bagi lapan alkana yang pertama.
- Takat didih alkana meningkat apabila bilangan karbon di dalam molekul yang meningkat.
- Ini adalah disebabkan oleh peningkatan daya tarikan Van Der Waals apabila apabila saiz molekul bertambah.
- 4 alkana pertama wujud sebagai gas pada suhu bilik.
Keterlarutan
- Semua alkana tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organik.
- Alkana berbentuk cecair merupakan pelarut yang baik bagi sebatian-sebatian kovalen yang lain.
Ketumpatan
- Semua alkana mempunyai ketumpatan kurang daripada air.
- Apabila bilangan karbon di dalam molekul alkana bertambah, ketumpatan alkana juga bertambah.
Kekonduksian elektrik
- Semua alkana tidak mengkonduksikan elektrik.
- Alkana ialah sebatian kovalen. oleh itu ia tidak mempunyai ion-ion yang bebas bergerak.