Sifat-sifat Kimia Asid Karboksilik

  1. Asid etanoik ialah asid monoprotik yang lemah. Oleh itu, sifat kimianya adalah serupa dengan asid yang lain seperti asid hidroklorik, asid nitrik dan asid sulfurik.
  2. Asid etanoik boleh bertindak balas dengan:
    1. bes
    2. logam karbonat
    3. logam
    4. alkohol

Asid Karboksilik Bertindak dengan Logam Reaktif

Asid carboxylic bertindak dengan logam yang lebih reaktif untuk menghasilkan garam dan gas hidrogen.

Asid karboksilik + Logam reaktif → Garam+ H2

Contoh:

2CH3COOH + Zn → Zn(CH3COO)2 + H2

2CH3COOH + Ca → Ca(CH3COO)2 + H2

2HCOOH + Mg → Mg(HCOO)2 + H2

Asid Karboksilik Bertindak Dengan Karbonat

Sama seperti asid lain, asid karboksilat bertindak balas dengan logam karbonat untuk menghasilkan garam, air dan karbon dioksida.

Asid Karboksilik + Karbonat logam
→ Garam+ Karbon dioksida + Air

Contoh:

HCOOH + Na2CO3 → HCOONa + CO2 + H2O

CH3COOH + CaCO3 → Ca(CH3COO)2 + CO2 + H2O

Peneutralan

Sama seperti asid lain, asid karboksilik bertindak balas dengan oksida bes atau alkali untuk menghasilkan garam dan air. 

Asid karboksilik + Oksida bes/Alkali → Garam + Air

Contoh:

HCOOH + CaO → Ca(HCOO)2 + H2O

CH3COOH + NaOH → CH3COONa + H2O

CH3COOH + Al2O3 → Al(CH3COO)3 + H2O

Pengesteran

Asid karboksilat bertindak balas dengan alkohol dengan kehadiran asid sulfurik pekat sebagai mangkin menghasilkan ester dan air. 

Asid karboksilik + Alkohol → Ester + Air

Contoh:
CH3COOH + C2H5OH → CH3COOC2H+ H2O

CH3COOH + CH3OH → CH3COOCH3 + H2O

  1. Asid sulfurik pekat bertindak sebagai
    1. agen pengeringan untuk menyerap air yang dihasilkan
    2. memangkin
  2. Campuran bahan tindak balas perlu dipanaskan di bawah refluks.

Penyediaan Propil Etanoate (ester) di Dalam Makmal 

  1. Propil etanoat, CH3COOC2H5 boleh disediakan di dalam makmal dengan memanaskan campuran asid propanoik dan etanol, dengan asid sulfurik pekat di bawah refluks.
  2. Campuran dipanaskan di bawah refluks untuk mengelakkan alkohol dan propil etanoat daripada mengewap dan terlepas ke sekeliling.
  3. Campuran dipanaskan di bawah kukus air:
    1. untuk mengekalkan suhu supaya suhu tidak terlalu tinggi
    2. untuk memastikan pemanasan seragamcan

Leave a Comment