- Siri homolog ialah satu kumpulan sebatian organik yang mempunyai kumpulan berfungsi yang sama dengan setiap ahli dalam siri itu berbeza dengan ahli yang berikutnya dengan satu kumpulan -CH2.
- Ahli-ahli di dalam satu Siri homolog menunjukkan sifat-sifat berikut:
- mempunyai formula am yang sama
- berbeza daripada ahli seterusnya dengan satu kumpulan -CH2
- boleh disediakan dengan kaedah yang sama. Contohnya semua alkena boleh disediakan daripada tindak balas pendehidratan alkohol.
Penyediaan Etena (Pendehidratan etanol):C2H5OH → C2H4 + H2O
Penyediaan Propena (Pendehidratan propanol)
C3H7OH → C3H8 + H2O
- mempunyai sifat fizik yang berbeza
- mempunyai sifat kimia yang sama kerana mempunyai kumpulan berfungsi yang sama.
- Berikut ialah siri homolog yang akan dikaji di dalam silibus SPM
- Alkana: CnH2n+2
- Alkena: CnH2n
- Alkohol: CnH2n+1OH
- Asid Karboksilik : CnH2n+1COOH
- Ester: CnH2n+1COOCmH2m+1
Kumpulan Berfungsi
- Kumpulan berfungsi ialah satu atom atau sekumpulan atom atau ikatan yang mengambil bahagian dalam tindak balas kimia dan menentukan sifat kimia sebatian itu.
- Ahli-ahli daripada siri homolog yang sama mempunyai sifat kimia yang sama kerana mempunyai kumpulan berfungsi yang sama di dalam molekulnya.
- Jadual di bawah menunjukkan Siri homolog dengan formula am dan kumpulan fungsinya masing-masing
Sebatian Karbon | Formula Am | Kumpulan Berfungsi |
Alkana | CnH2n+2 | Ikatan tunggal karbon-karbon – C – C – |
Alkena | CnH2n | Ikatan ganda dua karbon-karbon – C = C – |
Alkohol | CnH2n+1OH | Kumpulan hidroksil – OH |
Asid Karboksilik | CnH2n+1COOH | Kumpulan karboksil – COOH |
Ester | CnH2n+1 -COOCmH2m+1 | Kumpulan karboksilat – COO – |