Revisi Super Cepat
Konsep Asid
Apa Itu Asid?
- Asid ialah bahan kimia yang menghasilkan ion hidrogen dalam air.
- Ion hidrogen ialah satu proton. Jadi, asid dapat digambarkan sebagai penderma proton.
- Dalam sebarang larutan akueus, ion hidrogen sentiasa dihidratkan oleh satu molekul air untuk menjadi ion hidroksonium. \[{H^ + } + {H_2}O\xrightarrow{{}}{H_3}{O^ + }\]
- Jadi, ion hidroksonium yang hadir dalam larutan itu dan bukan ion hidrogen.
- Contoh-contoh pengionan asid: Asid hidroklorik: \[HCl\xrightarrow{{{H_2}O}}{H^ + } + C{l^ – }\] atau \[HCl + {H_2}O\xrightarrow{{}}{H_3}{O^ + } + C{l^ – }\] Asid nitrik \[HN{O_3}\xrightarrow{{{H_2}O}}{H^ + } + N{O_3}^ – \] atau \[HN{O_3} + {H_2}O\xrightarrow{{}}{H_3}{O^ + } + N{O_3}^ – \] Asid etanoik \[C{H_3}COOH\xrightarrow{{{H_2}O}}{H^ + } + C{H_3}CO{O^ – }\] atau \[C{H_3}COOH + {H_2}O\xrightarrow{{{H_2}O}}{H_3}{O^ + } + C{H_3}CO{O^ – }\]
Jenis Asid
- Asid boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu asid organik dan asid bukan organik.
- Contoh asid bukan organik ialah
- asid sulfurik
- asid sulfurus
- asid nitrik
- asid nitrus
- asid fosforik
- Beberapa contoh asid organik termasuk
- asid etanoik
- asid sitrik
Sifat-Sifat Fizik Asid
- Asid mempunyai sifat fizik berikut:
- rasa masam
- nilai pH kurang daripada 7
- Mengakis
- mengubah kertas litmus biru kepada merah
- mengkonduksikan arus elektrik
Kebesan Asid
- Kebesan asid ialah bilangan ion hidrogen yang dapat dihasilkan oleh 1 molekul asid.
- Mengikut takrifan ini asid boleh dibahagikan kepada
- asid monobes/monoprtotik
- asid dwibes/diprotik
- asid tribes/triprotik
Asid | Contoh |
Monobes | Asid hidroklorik, asid nitrik, asid etanoik |
Dwibes | Asid sulfurik, asid karbonik |
Teribes | Asid fosforik |
Oksida-Oksida Asid
- Beberapa oksida bukan logam bertindak balas dengan air menghasilkan larutan berasid yang mengandungi ion hidrogen.
- Oksida oksida ini dikelaskan sebagai oksida asid. Contohnya
Karbon dioksida
CO2 + H2O –> 2H+ + CO32-
Sulfur dioksida
SO2 + H2O –> 2H+ + SO32-
Sulfur trioksida
SO3 + H2O –> 2H+ + SO42-