Alkali + Asid
- Dalam tindak balas peneutralan, alkali bertindak balas dengan asid menghasilkan garam dan air.
Kalium hidroksida dan asid sulfurik :
KOH + H2SO4 → K2SO4 + H2O
Barium hidroksida dan asid hidroklorik:
Ba(OH)2 + 2HCl → BaCl2 + 2H2O
Alkali + Garam Ammonium
- Apabila alkali dipanaskan dengan garam ammonium, gas ammonia dibebaskan.
- Gas ammonia mempunyai bau yang sengit dan menukar kertas litmus merah lembap kepada biru.
Ammonium klorida dan kalium hidroksida:
NH4Cl + KOH → KCl + H2O + NH3
Ammonium sulfat dan natrium hidroksida:
(NH4)2SO4 + 2NaOH → Na2SO4 + 2H2O + 2NH3 - Bagaimanapun tindak balas alkali dengan ammonium nitrat dan ammonium karbonat tidak menghasilkan ammonia
Alkali + Ion logam
- Kebanyakan logam hidroksida tak terlarut.
- Oleh itu ion hidroksida daripada alkali bertindak balas dengan ion-ion logam yang bercas positif dalam satu larutan membentuk mendakan hidroksida-hidroksida logam.Alkali + Ion Logam → Logam Hidroksida
- Hidroksida bagi logam peralihan adalah berwarna.
- Contoh-contoh tindak balas:
Ion Aluminium
NaOH + Al3+ → Al(OH)3 + Na+
Ion Magnesium
NaOH + Mg2+ → Mg(OH)2 + Na+
Ion Zink
KOH + Zn2+ → Zn(OH)2 + K+
Ion Kuprum
KOH + Cu2+ → Cu(OH)2 + K+