Sifat Kimia Asid

Tindak Balas Dengan Bes

  1. Asid bertindak balas dengan bes (oksida logam dan hidroksida logam) untuk membentuk garam dan air.
  2. Contoh
    Asid Nitrik + Kuprum(II) Oksida

    2HNO3 + CuO → CU(NO3)2 + H2O

Contoh Eksperimen

  1. 100cm3 asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam kelalang kon.
  2. Beberapa ketul zink oksida dimasukan ke dalam asid tersebut.
  3. Campuran dikacau dengan rod kaca.

Pemerhatian

Pepejal putih zink oksida terlarut di dalam asid.

Perbincangan

Zink oksida bertindak balas dengan asid hidroklorik membentuk garam dan air.

ZnO + 2HCl → ZnCl2 + H2O

Tindak Balas Dengan Logam

  1. Semua asid bertindak balas dengan logam reaktif ( logam-logam yang lebih elektropositif daripada hidrogen dalam Siri Elektrokimia) seperti aluminium magnesium zink ferum untuk membebaskan gas hidrogen.
  2. Contoh
    Magnesium + Asid Hidroklorik

    Mg + HCl → MgCl2 + H2

    Aluminium + Asid Sulfurik

    Al + H2SO4 → Al2(SO4)3 + H2

    Ferum + Asid Nitrik

    Fe + HNO3 → Fe(NO3)2 + H2

  3. Ini ialah sejenis tindak balas penyesaran. Logam-logamdi atas hidrogen dalam Siri Elektrokimia
    boleh menyesarkan hidrogen daripada asid.
  4. Logam kurang reaktif seperti kuprum dan argentum tidak bertindak balas dengan asid.
  5. Bagaimanapun, kuprum bertindak balas dengan asid nitrik pekat.

Contoh Eksperimen

  1. 5 cm3 asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam tabung uji.
  2. Satu spatula serbuk magnesium ditambah kepada asid.
  3. Kayu uji menyala diletakkan pada mulut tabung uji.

Pemerhatian

  1. Pepejal kelabu terlarut.
  2. Gelembung gas dibebaskan.
  3. Apabila kayu uji menyala didekatkan pada mulut tabung uji, bunyi ‘pop’ dihasilkan.

Perbincangan

  1. Magnesium bertindak balas dengan asid hidroklorik.

    Mg + H2SO4 → MgSO4 + H2

  2. Gas hidrogen terbebas.

Tindak Balas Dengan Karbonat Logam

  1. Asid bertindak balas dengan karbonat logam seperti kalsium karbonat untuk membebaskan gas karbon dioksida
  2. Contoh
    Kalsium Karbonat + Asid Hidroklorik

    CaCO3 + 2HCl → CaCl2 + CO2 + H2O

Contoh Eksperimen

  1. Sebanyak 5 cm3 asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam tabung uji.
  2. Satu spatula serbuk kalsium karbonat dimasukkan ke dalam asid.
  3. Gas yang dibebaskan dilalukan melalui air kapur seperti ditunjukkan dalam rajah.

Pemerhatian

  1. Pepejal putih terlarut.
  2. Gelembung gas terbebas. Apabila gas tersebut dilalukan melalui air kapur, air kapur menjadi keruh.

Perbincangan

  1. Kalsium karbonat bertindak balas dengan asid sulfurik menghasilkan garam kalsium sulfat, gas karbon dioksida dan air.

    CaCO3 + H2SO4 → CaCl2 + H2O + CO2

  2. Gas karbon dioksida terbebas.

Peranan Air Dalam Asid dan Bes

Peranan Air Dalam Menunjukkan Sifat Asid

  1. Sesuatu asid hanya menunjukkan sifat-sifat asidnya apabila air hadir.
  2. Tanpa kehadiran air, sesuatu asid tulen dalam keadaan kering tidak menunjukkan sifat-sifat asidnya kerana asid kering tidak mempunyai ion hidrogen.
  3. Sesuatu asid yang terlarut di dalam air akan bercerai untuk menghasilkan ion H+ yang menyebabkan asid itu menunjukkan sifat-sifat asid.
  4. Contoh 1:
    gas karbon dioksida/ sulfur dioksida/ hidrogen klorida yang kering tidak bersifat asid
    Penerangan:
    gas kering itu hanya terdiri daripada molekul-molekul kovalen dan tidak mempunyai ion H+.

    Gas karbon dioksida/ sulfur dioksida/ hidrogen klorida boleh menukarkan warna kertas litmus biru yang lembab kepada merah.
    Penerangan:
    Apabila air hadir, gas-gas itu bertindak balas dengan air dan bercerai untuk menghasilkan ion-ion H+.
  5. Pelarut lain tidak boleh menggantikan air untuk menyebabkan suatu asid menunjukkan sifat-sifat asid.
  6. Ini adalah kerana asid dalam pelarut lain itu kekal dalam bentuk molekul-molekul kovalen tanpa bercerai, tiada ion-ion H+ yang hadir.
  7. Misalnya, larutan hidrogen klorida dalarn air boleh bersifat asid, manakala larutan hidrogen klorida dalam metilbenzena (toluena) kering tidak menunjukkan sifat-sifat asid.

Peranan Air Dalam Menunjukkan Sifat Alakli

  1. Dalam keadaan kering bes tidak menunjukkan sifat alkali. Ini adalah kerana iron iron hidroksida, OH, yang bebas bergerak tidak dihasilkan.
  2. Dalam air, bes tentu dapat mengion untuk menghasilkan ion ion hidroksida, OH, yang bebas bergerak. Oleh itu larutan alkali menunjukkan sifat sifat alkali.

Kegunaan Asid dan Bes

Kegunaan Asid

Asid Sulfurik

  1. Elektrolit bateri kereta
  2. Membuat detergen

  3. Pembuatan cat

  4. Pembuatan baja
  5. Pembuatan polimer

Asid Karbonik

  1. Pembuatan minuman ringan

Asid Nitrik

  1. Pembuatan bahan letupan
  2. Pembuatan pewarna
  3. Pembuatan plastik
  4. Pembuatan baja

Asid Hidroklorik

  1. Menanggalkan karat

Asid Etanoik (Cuka)

  1. Memasak
  2. Mengawet makanan

Asid Metanoik (Asid Formik)

  1. Membantu penggumpalan lateks

Kegunaan Bes

Kegunaan Bes

Aluminium Hidroksida

  1. Membuat pil gastrik (Antasid)

Magnesium Hidroksida

  1. Membuat ubat gigi
  2. Membuat pil gastrik (Antasid)

Kalsium Hidroksida

  1. Membuat simen
  2. Membuat serbuk peluntur
  3. Mengurangkan keasidan tanah

Kegunaan Alkali

Ammonia

  1. Untuk membuat baja,
  2. Mengekalkan lateks dalam bentuk cecair,
  3. Menyingkirkan gris
  4. Sebagai agen pembersihan
  5. Membuat nilon

Natrium Hidroksida

  1. Membuat sabun
  2. Membuat detergen
  3. Sebagai agen peluntur

Bes

Bes

Apa Itu Bes?

  1. Bes ditakrifkan sebagai sebatian kimia yang boleh bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan garam dan air.
  2. Tindak balas antara bes dengan asid itu dikenal sebagai tindak balas peneutralan.
  3. Contoh-contoh bes termasuk semua oksida logam dan hidroksida logam. Misalnya, kuprum(II) oksida, ferum(III) oksida, dan magnesium hidroksida.
  4. Semasa sesuatu bes meneutralkan sesuatu asid, ion O2- atau ion OH daripada bes akan meneutralkan ion H+ dariapda asid untuk membentuk air.
    \[\begin{gathered}
    {O^{2 – }} + 2{H^ + } \to {H_2}O \hfill \\
    O{H^ – } + {H^ + } \to {H_2}O \hfill \\
    \end{gathered} \]
  5. Jadi, bes ialah penerima ion H+ atau penerima proton, manakala asid ialah penderma ion H+ atau penderma proton.

Perbezaan antara Bes dengan Alkali

  1. Kebanyakan bes tidak larut dalam air.
  2. Bes yang larut dalam air dikenali sebagai alkali.
  3. Alkali ditakrifkan sebagai larutan akueus yang mengandungi ion-ion hidroksida, OH- yang bebas bergerak dalam air.
    Contoh-contoh alkali ialah
    1. kalium hidroksida,
    2. natrium hidroksida,
    3. larutan ammonia.
  4. Semua alkali adalah bes.
  5. Bes yang tidak larut dalam air akan kekal sebagai bes. contohnya, pepejal ferum(II) oksida dan ferum(II) hidroksida.

Sifat-Sifat Fizik Alkali

  1. Alkali mempunyai sifat sifat fizik berikut
    1. rasa pahit
    2. licin
    3. nilai pH lebih daripada 7
    4. mengubah warna kertas litmus merah kepada biru
    5. mengkonduksikan arus elektrik

Asid

Revisi Super Cepat

Konsep Asid

Apa Itu Asid?

  1. Asid ialah bahan kimia yang menghasilkan ion hidrogen dalam air.
  2. Ion hidrogen ialah satu proton. Jadi, asid dapat digambarkan sebagai penderma proton.
  3. Dalam sebarang larutan akueus, ion hidrogen sentiasa dihidratkan oleh satu molekul air untuk menjadi ion hidroksonium. \[{H^ + } + {H_2}O\xrightarrow{{}}{H_3}{O^ + }\]
  4. Jadi, ion hidroksonium yang hadir dalam larutan itu dan bukan ion hidrogen.
  5. Contoh-contoh pengionan asid: Asid hidroklorik: \[HCl\xrightarrow{{{H_2}O}}{H^ + } + C{l^ – }\] atau \[HCl + {H_2}O\xrightarrow{{}}{H_3}{O^ + } + C{l^ – }\] Asid nitrik \[HN{O_3}\xrightarrow{{{H_2}O}}{H^ + } + N{O_3}^ – \] atau \[HN{O_3} + {H_2}O\xrightarrow{{}}{H_3}{O^ + } + N{O_3}^ – \] Asid etanoik \[C{H_3}COOH\xrightarrow{{{H_2}O}}{H^ + } + C{H_3}CO{O^ – }\] atau \[C{H_3}COOH + {H_2}O\xrightarrow{{{H_2}O}}{H_3}{O^ + } + C{H_3}CO{O^ – }\]

Jenis Asid

  1. Asid boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu asid organik dan asid bukan organik.
  2. Contoh asid bukan organik ialah
    1. asid sulfurik
    2. asid sulfurus
    3. asid nitrik
    4. asid nitrus
    5. asid fosforik
  3. Beberapa contoh asid organik termasuk
    1. asid etanoik
    2. asid sitrik

Sifat-Sifat Fizik Asid

  1. Asid mempunyai sifat fizik berikut:
    1. rasa masam
    2. nilai pH kurang daripada 7
    3. Mengakis
    4. mengubah kertas litmus biru kepada merah
    5. mengkonduksikan arus elektrik

Kebesan Asid

  1. Kebesan asid ialah bilangan ion hidrogen yang dapat dihasilkan oleh 1 molekul asid.
  2. Mengikut takrifan ini asid boleh dibahagikan kepada
    1. asid monobes/monoprtotik
    2. asid dwibes/diprotik
    3. asid tribes/triprotik
AsidContoh
MonobesAsid hidroklorik, asid nitrik, asid etanoik
DwibesAsid sulfurik, asid karbonik
TeribesAsid fosforik

Oksida-Oksida Asid

  1. Beberapa oksida bukan logam bertindak balas dengan air menghasilkan larutan berasid yang mengandungi ion hidrogen.
  2. Oksida oksida ini dikelaskan sebagai oksida asid. Contohnya
    Karbon dioksida
    CO2 + H2O –> 2H+ + CO32-
    Sulfur dioksida
    SO2 + H2O –> 2H+ + SO32-
    Sulfur trioksida
    SO3 + H2O –> 2H+ + SO42-