Contoh-contoh Tindak Balas Redox

Tindak balas redoks yang dikaji di dalam silibus SPM termasuk

  1. Tindak balas redoks melibatkan ion ferum(II) dan ion ferum(III)
  2. Tindak balas redoks melibatkan penyesaran logam daripada larutan garam
  3. Tindak balas redoks melibatkan penyesaran halogen daripada larutan garam
  4. Tindak balas redoks melibatkan pemindahan elektron pada suatu jarak
  5. Pengaratan sebagai suatu tindak balas redoks

Agen Pengoksidaan dan Agen Penurunan

  1. Dalam tindak balas redoks, sebatian yang diturunkan ialah agen pengoksida. Ajen pengoksida adalah bahan yang mengoksidakan sesuatu bahan yang lain.
  2. Sebaliknya, sebatian yang teroksida adalah agen penurunan. Agen penurunan menurunkan sesuatu bahan yang lain.

Contoh:

  1. ]Dalam tindak balas ini, ferum(III) oksida diturunkan. Oleh itu ia adalah agen pengoksida. Ia telah mengoksidakan karbon monoksida kepada karbon dioksida.
  2. Karbon monoksida teroksida. Oleh itu ia berfungsi sebagai agen penurunan. Ia telah menurunkan ferum(III) oksida untuk menjadi logam besi.

Contoh:

Dalam tindak balas ini:
  1. Kuprum(II) oksida diturunkan, oleh itu ia adalah agen pengoksidaan.
  2. Karbon mengalami pengoksidaan, oleh itu ia adalah agen penurunan.

Agen Pengoksidaan/Penurunan Yang Biasa Digunakan

Berikut adalah agen pengoksidaan dan pengurangan yang biasa digunakan

Agen Pengoksidaan

Kalium Permanganat(VII) berasid

MnO4 + 8H+  +  5e   →      Mn2+ +      4H2O

Pemerhatian: Warna ungu kalium permanganat (VII) dilunturkan

Kalium  dikromat(VI) berasid

Cr2O72- +   14H+ +  6e   →      2Cr3+ +     7H2O

Pemenrhatian: Warna jingga kalium dikromat(VI) bertukar menjadi hijau.

Hidrogen peroksida

H2O2 +     2H+ +   2e  →     2H2O

Asid nitrik pekat

NO3 +    4H+ +   3e  →      NO +   2H2O

Agen Penurunan

Sulfur Dioksida

SO2 +     2H2O →      SO42- +   4H+ +  2e

Hidrogen Sulfida

H2S →     2H+ +  S +  2e

Larutan Natrium Sulfit

SO32- +  H2O →     SO42- + 2H+ +  2e

Larutan Stanum(II) Klorida

Sn2+ →     Sn4+ +  2e

Menulis Persamaan Ion Bagi Tindak Balas Redoks

Membentuk Persamaan Ion daripada Persamaan Separuh

    1. Persamaan ion satu tindak balas redoks dapat dibentuk dari persamaan separuh tindak balas.
    2. Apabila menulis persamaan ion, pastikan bilangan elektron dalam kedua-dua tindak balas pengoksidaan dan tindak balas pengurangan adalah seimbang.

    Contoh:
    Tindak Balas redoks antara kalium iodida dan kalium permanganate (VII)

    Persamaan Separuh
    2I → I2 + 2e ——-(1)

    MnO4 +  8H+ + 5e → Mn2+ +  4H2O ——-(2)

    Untuk mengimbangi bilangan elektron dalam kedua-dua persamaan separuh
    (1) x 5

    10I → 5I2 + 10e

    (2) x 2

    2MnO4 +  16H+ + 10e → 2Mn2+ +  8H2O

    Persamaan Ion
    Gabungkan kedua-dua persamaan. Hapuskan elektron.

    10I + 2MnO4 +  16H+ → 5I2 2Mn2+ +  8H2O

    Contoh:
    Tindak balas redoks antara ferum(II) sulfat dan kalium dikromat (VI)

    Persamaan Separuh

    Fe2+ → Fe3+ + e ——-(1)

    Cr2O72- + 14H+ + 6e → 2Cr3+ + 7H2O ——-(2)

    Untuk mengimbangi bilangan elektron dalam kedua-dua persamaan separuh
    (1) x 5

    6Fe2+ → 6Fe3+ + 6e

    (2)

    Cr2O72- + 14H+ + 6e → 2Cr3+ + 7H2O

    Persamaan Ion
    Gabungkan kedua-dua persamaan. Hapuskan elektron.

    6Fe2+ + Cr2O72- + 14H+ → 6Fe3+ + 2Cr3+ + 7H2O

    Contoh:
    Tindak balas redoks di antara ferum(III) nitrat dan gas sulfur dioksida

    Persamaan Separuh

    Fe3+ → Fe2+ + e ——-(1)

    SO2 + 2H2O → SO42- + 4H+ + 2e ——-(2)

    Untuk mengimbangi bilangan elektron dalam kedua-dua persamaan separuh
    (1) x 2

    2Fe3+ → 2Fe2+ + 2e

    (2)

    SO2 + 2H2O → SO42- + 4H+ + 2e

    Persamaan Ion
    Gabungkan kedua-dua persamaan. Hapuskan elektron.

    2Fe3+ + SO2 + 2H2→ 2Fe2+ SO42- + 4H+

    Contoh:
    Tindak balas redoks di antara gas (III) klorin dan gas hidrogen sulfida

    Persamaan Separuh

    Fe3+ → Fe2+ + e ——-(1)

    H2S → 2H+ + S + 2e ——-(2)

    Untuk mengimbangi bilangan elektron dalam kedua-dua persamaan separuh
    (1) x 2

    2Fe3+ → 2Fe2+ + 2e
    (2)

    H2S → 2H+ + S + 2e

    Persamaan Ion

    Gabungkan kedua-dua persamaan. Hapuskan elektron.

    2Fe3+ + H2S → 2Fe2+ + 2H+ + S

    Agen Pengoksidaan dan Agen Penurunan

    Tindak Balas Redoks Yang Dikaji Dalam SPM

    1. Tindak balas antara logam panas dan oksigen atau halogen
    2. Tindak balas ferum(II) kepada ion ferum(III) dan sebaliknya.
    3. Penyesaran logam daripada larutan garamnya.
    4. Penyesaran halogen daripada larutan halidanya
    5. Tindak balas antara satu logam dengan oksida logam lain
    6. Pemindahan elektron antara dua larutan pada satu jarak
    7. Tindak balas dalam elektrokimia (elektrolisis dan sel kimia)
    8. Kakisan logam dan pengaratan  besi

    Agen Pengoksidaan dan Agen Penurunan

    1. Dalam tindak balas redoks, sebatian yang diturunkan ialah agen pengoksida. Agen pengoksida ialah bahan yang mengoksida bahan lain.
    2. Sebaliknya, sebatian yang dioksidakan ialah agen  penurunan. Agen penurunan menurunkan sesuatu bahan yang lain.

    Contoh:

    1. Dalam tindak balas ini, ferum(III) oksida diturunkan. Oleh itu ia adalah agen pengoksida. Ia telah mengoksidakan karbon monoksida kepada karbon dioksida.
    2. Karbon monoksida telah dioksidakan. Oleh itu ia berfungsi sebagai agen penurunan. Ia telah menurunkan ferum(III) oksida kepada logam besi.

    Contoh:

    1. Dalam tindak balas ini, kuprum(II) oksida diturunkan, oleh itu ia adalah agen pengoksidaan.
    2. Karbon dioksidakan, oleh itu ia adalah agen penurunan.

    Agen Pengoksidaan Yang Biasa Digunakan

    Kalium Permanganat (VII) Berasid

    MnO4 + 8H+  +  5e   →      Mn2+ +      4H2O

    Pemerhatian:

    Warna ungu kalium manganat(VII) berasid menjadi tidak berwarna.

    Kalium Dikromate (VI) Berasid

    Cr2O72- +   14H+ +  6e   →      2Cr3+ +     7H2O


    Pemerhatian:
    Warna jingga kalium dikromat (VI) berasid berubah menjadi hijau.

    Hidrogen Peroksida

    H2O2 +     2H+ +   2e  →     2H2O

    Asid Nitrik Pekat

    NO3 +    4H+ +   3e  →      NO +   2H2O

    Agen Penurunan Yang Biasa Digunakan

    Sulfur Dioksida

    SO2 +     2H2O →      SO42- +   4H+ +  2e

    Hidrogen Sulfida

    H2S →     2H+ +  S +  2e

    Natrium Sulfit Akueous

    SO32- +  H2O →     SO42- + 2H+ +  2e

    Stanum(II) Klorida Akueous

    Sn2+ →     Sn4+ +  2e

    Pengoksidaan dan Penurunan Dari Segi Nombor Pengoksidaan

    Pengoksidaan dan Penurunan dari Segi Perubahan Dalam Nombor Pengoksidaan

    1. Pengoksidaan ialah proses di mana nombor pengoksidaan unsur bertambah.
    2. Penurunan ialah proses di mana nombor pengoksidaan unsur berkurang.
    3. Tindak balas redoks ialah satu tindak balas yang melibatkan perubahan nombor pengoksidaan dalam satu atau lebih unsur. Contoh

      Magnesium dioksidakan kerana nombor pengoksidaannya bertambah dari 0 kepada +2.
      Hidrogen diturunkan kerana nombor pengoksidaannya berkurang dari +1 kepada 0.
    4. Satu tindak balas bukan tindak balas redoks jika tiada
      perubahan nombor pengoksidaan dalam semua unsur.
    5. Dua contoh tindak balas yang bukan tindak balas redoks ialah peneutralan dan penguraian ganda dua.
      Misalnya, dalam tindak balas penguraian antara argentum sulfat dan asid hidroklorik untuk menghasilkan argentum klorida dan asid sulfurik.

      Tiada perubahan nombor pengoksidan dalam Ag, H, S, O dan Cl.
    6. Misalnya, dalam peneutralan antara asid hidroklorik dan natrium hidroksida untuk menghasilkan natrium klorida dan air.
      Tiada perubahan nombor pengoksidan dalam Na, O, H dan Cl.

    Nombor Pengoksidaan

    Keadaan Pengoksidaan/Nombor Pengoksidaan

    1. Nombor pengoksidaan menunjukkan jumlah elektron yang telah dikeluarkan dari suatu elemen (keadaan pengoksidaan positif) atau ditambah kepada suatu unsur (keadaan pengoksidaan negatif) untuk mencapai keadaan sekarang.
    2. Nombor pengoksidaan satu unsur dalam sebatian ialah cas atom unsur itu dengan menganggap unsur itu wujud sebagai ion.
    3. Nombor pengoksidaan juga dikenali keadaan pengoksidaan.
    4. Nombor pengoksidaan adalah satu angka dengan tanda `+’ atau (-) ditulis pada depan.
    5. Unsur-unsur logam biasanya mempunyai nombor pengoksidaan positif.
    6. Unsur-unsur bukan logam biasanya mernpunyai nombor pengoksidaan
      negatif.

    Nombor Pengoksidaan Beberapa Unsur

    1. Nombor pengoksidaan atom suatu unsur adalah sifar.
      Contoh
      Unsur
      Nombor Pengoksidaan
      Mg
      0
      H2
      0
      Br2
      0
    2. Bagi ion dengan atom tunggal, nombor pengoksidaan adalah sama dengan cas dibawanya.
      Contoh
      IonNombor Pengoksidaan
      Cu2+ +2
      Br -1
      O2- -2
      Al3+ +3
    3. Sesetengah unsur sentiasa mempunyai keadaan pengoksidaan yang sama di dalam sebatiannya:

      Contoh 1:
      Nombor pengoksidaan oksigen dalam semua sebatiannya ialah -2 kecuali peroksida ( -1).
      SebatianNombor Pengoksidaan Oksigen
      H2O-2
      H2SO4-2
      ZnO-2
      KClO3-2
      H2O2-1

      Contoh 2: Nombor pengoksidaan hidrogen dalam semua sebatiannya ialah +1 kecuali hidrida ( -1).

      SebatianNombor Pengoksidaan
      NH3+1
      HCl +1
      NaOH +1
      MgH2 -1
      NaH -1
    4. Jumlah nombor pengoksidaan semua atom atau molekul dalam suatu sebatian neutral adalah sifar. Contoh:
      IonJumlah Nombor Pengoksidaan
      H2O 0
      CO2 0
      NH3 0
    5. Jumlah nombor pengoksidaan semua atom dalam ion adalah sama dengan cas ion.
      Contoh:
      IonJumlah Nombor Pengoksidaan
      NO3 -1
      CO32- -2
      PO43- -3
      NH4+ +1

    nombor Pengoksidaan dan Penamaan 5ebatian mengikut 5istem IUPAC

    1. Bagi logam yang mempunyai lebih daripada satu nilai nombor pengoksidaan, nombor pengoksidaan ion logam dinyatakan dalam angka Roman dalam kurungan selepas nama logam.
      Contohnya

      Formula

      Nama Sebatian
      FeCl2Ferum(II) chloride
      FeCl3Ferum (III) chloride
      MnO2Mangan(IV) oxide
      Mn(NO3)2Mangan (II) nitrate
      PbCl2Plumbum(II) chloride
    2. Logam peralihan sentiasa menunjukkan nombor pengoksidaan yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

      Logam

      Nombor Pengoksidaan

      Fe+2, +3
      Cu+1, +2
      Mn+2, +4, +6, +7
    3. Unsur bukan logam (kecuali fluorida) biasanya mempunyai lebih daripada satu keadaan pengoksidaan.

      Pengoksidaan dan penurunan sebagai Penerimaan atau Kehilangan Elektron

      Pengoksidaan dan Penurunan Dari Segi Pemindahan Elektron

      1. Pengoksidaan ialah proses yang melibatkan kehilangan elektron.
      2. Penurunan ialah proses yang melibatkan penerimaan elektron.
      3. Bahan tindak balas yang menghilang (menderma) elektron mengalami pengoksidaan dan bertindak sebagai agen penurunan. Oleh itu agen penurunan adalah penderma elektron.
      4. Bahan tindak balas yang menerima elektron mengalami penurunan dan bertindak sebagai agen pengoksidaan. Oleh itu agen pengoksidaan adalah penerima elektron.
      5. Dalam satu tindak balas redoks, elektron dipindah dari agen penurunan kepada agen pengoksidaan.
      6. Persamaan setengah pengoksidaan ialah persamaan yang melibat pendermaan elektron oleh satu bahan kimia (yang bertindak sebagai agen penurunan).
      7. Persamaan setengah penurunan ialah persamaan yang melibat penerimaan elektron oleh satu bahan kimia (yang bertindak sebagai agen pengoksidaan).
      8. Persamaan keseluruhan redoks diperoleh daripada penambahan dua persamaan setengah pengoksidaan dan penurunan. Bilangan elektron yang diderma dalam proses pengoksidaan adalah sama dengan bilangan elektron yang diterima dalam proses penurunan.
        Misalnya, dalam tindak balas antara gas klorin dengan ferum panas:
        Persamaan setengah pengoksidaan:
        Fe → Fe3+ + 3e 
        (Fe dioksidakan kepada  Fe3+ kerana ia menderma elektron)
        Persamaan setengah penurunan:
        Cl2 + 2e- → 2Cl 
        (CI2 diturunkan kepada Cl kerana ia menenerima elektron)

        Persamaan keseluruhan redoks:
        2Fe + 3Cl2 → 2FeCl3

      Revision Notes

      Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

      Pengoksidaan dan penurunan sebagai Penambahan atau Kehilangan Oksigen atau Hidrogen

      Pengoksidaan dan Penurunan dari Segi Penerimaan dan Kehilangan Oksigen atau hidrogen

      1. Pengoksidaan ialah proses penambahan oksigen. Satu bahan dikatakan mengalami pengoksidaan apabila ia menerima oksigen. Contohnya
        (Magnesium dioksidakan kepada magnesium oksida.)
      2. Pengoksidaan juga ditakrifkan sebagai proses yang melibatkan kehilangan hidrogen. Satu bahan dikatakan mengalami pengoksidaan apabila ia menghilang hidrogen. Contohnya
        (Hidrogen sulfida menghilang hidrogen dan dioksidakan kepada sulfur.)
      3. Penurunan ialah proses kehilangan oksigen. Satu bahan dikatakan mengalami penurunan apabila ia menghilang oksigen. Contohnya
        (Kuprum(II) oksida menghilang oksigen dan diturunkan kepada logam kuprum.)
      4. Penurunan juga ditakrifkan sebagai proses penerimaan hidrogen. Satu bahan dikatakan mengalami penurunan apabila ia menerima hidrogen. Contohnya
        (Klorin menerima hidrogen dan diturunkan kepada hidrogen klorida).
      Contoh-contoh Lain






      Tindak Balas Redoks

      Tindak Balas Redoks

      1. Pengoksidaan boleh ditakrifkan sebagai tindak balas yang melibatkan
        1. penambahan oksigen atau kehilangan hidrogen
        2. kehilangan elektron
        3. penambahan nombor pengoksidaan unsur
      2. Penurunan boleh ditakrifkan sebagai tindak balas yang melibatkan
        1. kehilangan oksigen atau penambahan hidrogen
        2. penerimaan elektron
        3. pengurangan nombor pengoksidaan unsur
      3. Tindak balas redoks ialah tindak balas di mana pengoksidaan dan penurunan berlaku secara serentak.
      4. Agen pengoksidaan adalah bahan kimia yang menyebabkan pengoksidaan bahan lain berlaku. Agen pengoksidaan ialah satu penerima elektron dan sendirinya diturunkan.
      5. Agen penurunan adalah bahan kimia yang menyebabkan penurunan bahan lain berlaku. Agen penurunan ialah satu penderma elektron dan sendirinya dioksidakan.