- Tindak balas kimia boleh dikategorikan kepada
- tindak balas eksotermik
- tindak balas endotermik
Tindak Balas Eksotermik
- Tindak balas eksotermik adalah tindak balas di mana
- tenaga haba dihebaskan ke persekitaran
- suhu persekitaran akan naik
- hasil tindak balas mempunyai kandungan tenaga yang lehih rendah daripada bahan tindak balas
- Contoh-contoh tindak balas eksotermik:
- Tindak balas peneutralan
Contoh: Peneutralan di antara asid nitrik dengan natrium hidroksida
HNO3(ak) + NaOH(ak) → NaNO3(ak) + H20(ce) - Tinda balas asid dengan karbonat
Contoh: Tindak balas asid hidroklorik dengan natrium karbonat
2HCl + Na2CO3 → 2NaCl + CO2 + H2O - Tindak balas asid dengan logam
Contoh: Tindak balas asid hidroklorik dengan zink
2HCl + Zn → ZnCl2 + H2 - Tindak balas logam beralkali dengan air
Contoh: Tindak balas natrium dengan air
2Na + 2H2O → 2NaOH + H2 - Tindak balas antara kalsium oksida dengan air
CaO + H2O → Ca(OH)2 - Tindak balas antara kuprum(II) sulfat kontang dengan air
CuSO4 + xH2O → CuSO4•xH2O - Pembakaran
Contoh: Pembakaran etana dalam udara
C2F6(g) + 7/202(g) → 2CO2(g) + 3H20(ce) - Penguraian ganda dua
Contoh: Pemendakan garam argentum klorida
AgNO3(ak) + NaCl(ak) → AgCl(p) + NaNO3(ak) - Melarutkan KOH atau NaOH di dalam airNaOH + air→ Na+ + OH–KOH + air→ K+ + OH–
- Penyesaran logam
Contoh: Penyesaran logam kuprum daripada larutan akueus kuprum(II) sulfat oleh logam aluminium
2Al(p) + 3CuSO4(ak) → 3Cu(p) + Al2(SO4)3(ak) - Pengaratan
- Pencairan asid pekat
Contoh: Pencairan asid sulfurik pekat, asid nitrik pekat …. - Perubahan keadaan jirim
Contoh: Proses pembekuan dan proses kondensasi.
- Tindak balas peneutralan
Tindak Balas Endotermik
- Tindak balas endotermik adalah tindak balas di mana
- tenaga haba diserap dari persekitaran
- suhu persekitaran akan menurun
- hasil tindak balas mempunyai kandungan tenaga yang lebih tinggi daripada bahan tindak balas
- Contoh-contoh tindak balas endotermik:
- Penguraian garam karbonat oleh haba
Contoh: Penguraian batu kapur/marmar oleh haba
CaCO3 → CaO + CO2 - Penguraian garam nitrat oleh haba
Contoh: Penguraian plumbum(II) nitrat oleh haba
2Pb(NO3)2 → 2PbO + 4NO2 + O2 - Melarutkan sesetengah garam dalam air
Contoh: Melarutkan garam kalium nitrat, ammonium nitrat and ammonium klorida dalam airKNO3 + air → K+ + NO3–NH4NO3 + air → NH4+ + NO3–NH4Cl + air → NH4+ + Cl– - Pemanasan garam kuprum(II) sulfat terhidrat
CuSO4•xH2O → CuSO4 + xH2O - Tindak balas di antara natrium bikarbonat dengan asid etanoik
NaHCO3(p) + CH3COOH(ak) → CH3COONa(ak) + CO2(g) + H20(ce)
- Penguraian garam karbonat oleh haba