Kesan Mangkin

Kesan Mangkin Ke Atas Kadar Tindak Balas

  1. Mangkin ialah bahan yang dapat mengubah kadar kadar tindak balas.
  2. Terdapat 2 jenis mangkin:
    1. Mangkin positif – Meningkatkan kadar tindak balas.
    2. Mangkin negatif – Mengurangkan kadar tindak balas.

Eksperimen 1

Set 1: Zink + Asid hidroklorik
Set 2: Zink + Asid hidroklorik + Kuprum(II) sulfat (Mangkin)

Tindal Balas Kimia:

Zn + 2HCl → ZnCl2 + H2

Keputusan:

Kuprum(II) sulfat bertindak sebagai mangkin untuk meningkatkan kadar tindak balas antara zink dan asid hidroklorik

Kesimpulan
Kehadiran mangkin meningkatkan kadar tindak balas.

    Eksperimen 2
    Set 1: Penguraian Hidrogen Peroksida
    Set 2: Penguraian Hidrogen Peroksida + Mangan(IV) Oksida (Mangkin)

    Persamaan Tindak Balas: 

    2H2O2 → 2H2O + O2

    Keputusan:

    Mangan (IV) oksida bertindak sebagai mangkin untuk meningkatkan kadar tindak balas penguraian hydrogen peroksida.

    Kesimpulan:
    Kehadiran mangkin meningkatkan kadar tindak balas

    Nota penting:
    Di SPM, anda perlu ingat nama mangkin yang digunakan dalam tindak balas kimia di atas.

    Ciri-ciri Mangkin

    1. Mangkin adalah bahan yang dapat mengubah kadar tindak balas.
    2. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang mangkin:
      1. Secara kimia, mangkin kekal tidak berubah semasa tindak balas.
      2. Mangkin tidak mengubah kuantiti produk.
      3. Mangkin adalah khusus, ini bermakna tindak balas kimia yang berlainan mungkin mempunyai mangkin yang berbeza
      4. Hanya sejumlah kecil yang diperlukan untuk mencapai peningkatan besar dalam tindak balas.
      5. Lebih banyak mangkin yang digunakan,  lebih tinggi kadar tindak balas.
      6. Mangkin dalam bentuk serbuk memberi peningkatan kadar tindak balas yang lebih tinggi berbanding dengan mangkin dalam bentuk ketulan.
      7. Mangkin boleh mengalami perubahan fizikal dalam tindak balas.

    Senarai Tindak Balas dan Mangkin

    Tindak Balas KimiaMangkin
    Penguraian hidrogen peroksida:
    2H2O2 → 2H2O + O2
    Mangan(IV) oksida, MnO2
    Plumbum(II) oksida, PbO
    Plumbum(IV) oksida, PbO2
    Tindak balas antara zink dan asid hidroklorik:
    Zn + 2HCl → ZnCl2 + H2
    Manganese (IV) oksida, MnO2
    Kuprum(II) oksida, CuO
    Zink Oxide, ZnO
    Silikon(IV) oksida, SiO2
    Penguraian Kalium Klorat(V):
    2KClO3 + 2KCl  3O2
    Kuprum(II) sulfat, CuSO4
    Kuprum(II) klorida, CuCl2
    Kuprum(II) nitrat, Cu(NO3)2
    Proses Haber 
    N2 + 3H2  2NH3
     Ferum
    Proses Sentuh
    2SO2 + O2  2SO3
     Vanadium(V) oksida, V2O5
     Proses Ostwald
    4NH3(g) + 5O2(g)  4NO(g) + 6H2O(1)
    Platinum

    Leave a Comment