Penamaan Karboksilik
- Semua nama asid karboksilik berakhir dengan akhiran ‘oik’.
- Sebagai contoh, asid metanoik, asid etanoik, asid propanoik dan asid butanoik.
- Asid karboksilik dinamakan dengan menggantikan akhiran ‘ana’ pada nama alkana dengan ‘asid anoik’.
- Berlainan dengan alkohol, kedudukan kumpulan berfungsi (kumpulan karboksil) tidak perlu dinyatakan dalam nama asid karboksilik.
Contoh
| Bilangan karbon | Nama alkana | Nama asid karboksilik |
|---|---|---|
| 1 | metana | asid metanoik |
| 2 | etana | asid etanoik |
| 3 | propana | asid propanoik |
| 4 | butana | asid butanoik |
| 5 | pentana | asid pentanoik |
| 6 | heksana | asid heksanoik |


