- Aloi ialah campuran yang terdiri daripada dua atau lebih logam mengikut kadar peratusan yang ditetapkan.
- Campuran logam-logam ini akan mengubah sifat logam asal dan menghasilkan aloi vang mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki.
Kekerasan Aloi Berbanding dengan Logam Tulen
- Sifat-sifat logam seperti mulur, mudah ditempa, dan mudah berkarat menyebabkannya kurang berguna untuk tujuan-tujuan tertentu.
- Sifat-sifat logam tulen ini boleh diubah melalui pengaloian.
- Kehadiran atom-atom logam asing dalam logam asal mengganggu struktur atom logam asal. Ini menjadikan aloi lebih keras daripada logam asal.
(Logam tulen – Atom-atom boleh menggelongsor antara satu sama lain dengan mudah) (Aloi – Kehadiran atom-atom asing menghalang atom-atom daripadamenggelongsor antara satu sama lain. Ini menyebabkan aloi tidak mudah dimulurkan atau ditertempakan berbanding dengan logam tulen.)
Tujuan-Tujuan Membuat Aloi
- Logam tulen dialoikan dengan logam lain untuk
- menambahkan kekerasan
Contoh:
Magnalium diperbuat daripada aluminium dan magnesium untuk meningkatkan kekerasan logam tulen tetapi pada masa yang sama, mengekalkan kekilauannya. - mencegah kakisan
Contoh
Keluli nirkarat yang boleh menahan karat dibuat dengan menambah karbon, kromium dan nikel ke dalam besi. - membaiki rupa
Contoh:
Kuprum dan antimoni yang ditambah kepada timah menghasilkan piuter, yang digunakan untuk membuat barang hiasan.
- menambahkan kekerasan
Q & A
Q: Terangkan mengapa aloi kuprum lebih keras daripada tembaga tulen?
A:
- Terdapat atom-atom asing di dalam aloi kuprum, .
- Atom-atom asing ini dapat menghalang penggelongsoran antara lapisan-lapisan atom kuprum. Ini menjadikan logam lebih keras, kurang tempa dan mulur.