Peralatan Memasak
- Bahagian-bahagian periuk yang berlainan diperbuat daripada bahan yang berlainan.
- Dasar bagi periuk biasanya diperbuat daripada kuprum kerana
- kuprum mempunyai muatan haba tentu yang rendah. Oleh itu, suhunya akan meningkat dengan cepat apabila dipanaskan.
- kuprum ialah konduktor haba yang baik.
- kuprum mempunyai ketumpatan yang tinggi. Periuk yang lebih berat di dasarnya adalah lebih stabil.
- Pemegang periuk biasanya diperbuat daripada plastik atau kayu
- plastik dan kayu mempunyai muatan haba tentu yang tinggi. Oleh itu, suhunya tindak menjadi terlalu tinggi walaupun menyerap kauntiti haba yang banyak.
- plastik dan kayu merupakan penebat haba yang baik.
- plastik dan kayu mempunyai ketumpatan yang rendah. Oleh itu periuk itu tidak menjadi terlalu berat.
- Bahagian badan periuk biasanya diperbuat daripada keluli tahan karat kerana
- keluli mempunyai muatan haba tentu yang rendah. Oleh itu ia memerlukan kuantiti tenaga haba yang rendah untuk meningkatkan suhunya.
- Keluli tidak bertindak balas dengan bahan kimia di dalam makanan.
Enjin Kereta
- Air digunakan sebagai agen penyejuk dalam radiator kereta untuk menyejukkan enjin kereta.
- Air digunakan sebagai cecair penyejuk kerana
- air adalah murah dan mudah didapati dalam kuantiti yang banyak,
- air mempunyai muatan haba tentu yang tinggi. Ia boleh menyerap kuantiti haba yang tinggi tetapi tidak menyebab peningkatan suhu yang tinggi.
- Air dipamkan mengalir melalui bahagian-bahagian enjin yang panas untuk menyerap tenaga haba dari enjin kereta.
- Air yang panas kemudian dialirkan ke radiator melalui paip.
- Air panas disejukkan di radiator oleh angin yang disedut masuk oleh kipas radiator.
- Air sejuk dialirkan semula ke bahagian-bahagian enjin yang panas.
Radiator Terma
- Di negara sejuk, radiator terma digunakan untuk memanaskan ruang di dalam bangunan.
- Air digunakan sebagai agen pemanas dalam radiator terma kerana ia mempunyai muatan haba tentu yang tinggi.
- Proses pemanasan adalah seperti berikut:
- Air panas dipamkan melalui paip logam ke radiator yang dipasang dalam bilik.
- Tenaga haba yang dibebaskan oleh paip radiator boleh memanaskan udara di rumah.
- Air sejuk dialirkan semula ke tangki air panas.
Bumbung Kilang yang Rendah
- Sesetengah kilang yang tiada mesin besar mempunyai bumbung yang rendah. Ini adalah untuk mengurangkan isi padu udara di dalam bangunan.
- Jika isi padu udara adalah lebih rendah, maka jisim udara juga rendah. Ini dapat mengurangkan muatan haba bagi udara di dalam bangunan.
- Hakikatnya, kuantiti haba yang perlu disingkirkan untuk mengurangkan suhu di dalam bangunan adalah lebih rendah.
- Ini dapat mengurangkan kos elektrik penghawa dingin dalam kilang.