Arus Elektrik

Current

  1. Arus elektrik ditakrifkan sebagai kadar pengaliran cas elektrik.
  2. Dengan kata lain, arus adalah ukuran betapa pantas aliran cas melalui keratan rentas satu konduktor.
  3. Hubungan di antara arus elektrik, I dengan magnitud cas, Q dan masa, t dirumuskan sebagai


Arah Arus

  1. Secara konvensional, arah arus elektrik diambil sebagai arah pengaliran cas positif.
  2. Elektron mempunyai cas negatif. Oleh itu, aliran elektron berada pada arah yang bertentangan dengan arus.
  3. Rajah di bawah menunjukkan pengaliran arus dan elektron dalam litar elektrik
  4. Arus mengalir dari terminal positif ke terminal negatif suatu sel manakala elektron bergerak dari terminal negatif ke terminal positif bateri.
  5. Arah pergerakan elektron adalah bertentangan dengan arah pengaliran arus.

Unit Arus

  1.  Unit SI bagi arus elektrik ialah ampere (A).
  2. Arus sebesar 1 ampere (A) bermaksud cas sebanyak 1 couiomb (C) mengalir melalui suatu titik dalam masa 1 saat (s). Iaitu
    1 A = 1C/s.

Contoh 1:
Sekiranya terdapat 30C cas elektrik mengalir melalui satu keratan rentas satu wayar dalam masa 2 minit, berapakah arus elektrik dalam wayar itu?

Jaapan:
Pengaliran cas, Q = 30C
Masa, t = 2 minit = 120s

Arus elektrik,

Contoh 2:
Didapati satu arus 0.5A mengalir melalui satu mentol. Berapa banyak elektron yang mengalir melalui mentol itu dalam 5 minit? (Cas 1 elektron = -1.6 × 10-19 C)

Jawapan:
Arus, I = 0.5A
Masa yang diambil, t = 5 minit = 300s

Cas 1 electron, e = -1.6×10-19 C
Bilangan elektron, n = ?

Leave a Comment