- Asid sulfurik adalah asid mineral yang sangat menghakis dengan formula molekul H2SO4
- Asid sulfurik adalah asid diprotik.
- Asid sulfurik ialah bahan buatan yang sangat penting dalam industri. Ia merupakan bahan mentah kepada bahan buatan lain.
Kegunaan Asid Sulfurik
- Sebahagian besar asid sulfurik digunakan dalam pembuatan baja, seperti:
- Baja ammonium sulfat
[tindak balas peneutralan antara asid sulfurik dan ammonia akueus]
H2SO4 + 2NH3 → (NH4)2SO4 - Baja kalium sulfat
[tindak balas peneutralan antara asid sulfurik dan kalium hidroksida.]
H2SO4 + 2KOH → K2SO4 + 2H20
- Baja ammonium sulfat
- Penggunaan asid sulfurik dalam yang lain termasuk
- membuat detergen
- sebagai elektrolit dalam akumulator asid plumbum
- membuat pigmen cat
- membuat gentian tiruan (polimer)
- sebagai agen penanggal oksida logam dalam pembersihan permukaan logam sebelum proses penyaduran logam elektrik