Belauan

  1. Belauan ialah penyebaran gelombang ketika bergerak melalui celah atau halangan kecil.
(Belauan berlaku apabila gelombang melalui satu celah)
(Belauan berlaku apabila gelombang menghadapi halangan)
  1. Ciri-ciri glombang selepas mengalami belauan
    1. panjang gelombang tidak berubah
    2. frekuensi tidak berubah
    3. laju gelombang tidak berubah
    4. Amplitud gelombang menurun.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Magnitude Belauan

  1. Magnitude belauan (atau sudut belauan) bergantung pada
    1. panjang gelombang
    2. saiz bukaan/celah

Eksperimen 1

Panjang gelombang yang lebih pendek – Gelombang merebak ke kawasan yang lebih kecil
Panjang gelombang yang lebih panjang – Gelombang merebak ke kawasan yang lebih luas

Kesimpulan:
Belauan dipengaruhi oleh panjang gelombang. Semakin besar panjang gelombang, semakin besar kesan belauan

Eksperimen 2

Pembukaan lebih besar – Gelombang merebak ke kawasan yang lebih kecil
Pembukaan lebih kecil – Gelombang merebak ke kawasan yang lebih luas

Kesimpulan:
Belauan dipengaruhi oleh saiz bukaan.
Semakin kecil saiz bukaan, semakin besar kesan belauan.

Leave a Comment