Contoh-contoh Tindak Balas Redox

Tindak balas redoks yang dikaji di dalam silibus SPM termasuk

  1. Tindak balas redoks melibatkan ion ferum(II) dan ion ferum(III)
  2. Tindak balas redoks melibatkan penyesaran logam daripada larutan garam
  3. Tindak balas redoks melibatkan penyesaran halogen daripada larutan garam
  4. Tindak balas redoks melibatkan pemindahan elektron pada suatu jarak
  5. Pengaratan sebagai suatu tindak balas redoks

Agen Pengoksidaan dan Agen Penurunan

  1. Dalam tindak balas redoks, sebatian yang diturunkan ialah agen pengoksida. Ajen pengoksida adalah bahan yang mengoksidakan sesuatu bahan yang lain.
  2. Sebaliknya, sebatian yang teroksida adalah agen penurunan. Agen penurunan menurunkan sesuatu bahan yang lain.

Contoh:

  1. ]Dalam tindak balas ini, ferum(III) oksida diturunkan. Oleh itu ia adalah agen pengoksida. Ia telah mengoksidakan karbon monoksida kepada karbon dioksida.
  2. Karbon monoksida teroksida. Oleh itu ia berfungsi sebagai agen penurunan. Ia telah menurunkan ferum(III) oksida untuk menjadi logam besi.

Contoh:

Dalam tindak balas ini:
  1. Kuprum(II) oksida diturunkan, oleh itu ia adalah agen pengoksidaan.
  2. Karbon mengalami pengoksidaan, oleh itu ia adalah agen penurunan.

Agen Pengoksidaan/Penurunan Yang Biasa Digunakan

Berikut adalah agen pengoksidaan dan pengurangan yang biasa digunakan

Agen Pengoksidaan

Kalium Permanganat(VII) berasid

MnO4 + 8H+  +  5e   →      Mn2+ +      4H2O

Pemerhatian: Warna ungu kalium permanganat (VII) dilunturkan

Kalium  dikromat(VI) berasid

Cr2O72- +   14H+ +  6e   →      2Cr3+ +     7H2O

Pemenrhatian: Warna jingga kalium dikromat(VI) bertukar menjadi hijau.

Hidrogen peroksida

H2O2 +     2H+ +   2e  →     2H2O

Asid nitrik pekat

NO3 +    4H+ +   3e  →      NO +   2H2O

Agen Penurunan

Sulfur Dioksida

SO2 +     2H2O →      SO42- +   4H+ +  2e

Hidrogen Sulfida

H2S →     2H+ +  S +  2e

Larutan Natrium Sulfit

SO32- +  H2O →     SO42- + 2H+ +  2e

Larutan Stanum(II) Klorida

Sn2+ →     Sn4+ +  2e