Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilihan Nyahcas - Jenis Elektrodes
Jenis Elektrod
- Terdapat 2 jenis elektrod:
- Elektrod lengai
Elektrod lengai hanya menyediakan suatu permukaan bagi pemindahan elektron. Ia tidak mengambil bahagian dalam sebarang tindak balas kimia semasa elektrolisis.. (Contoh: Karbon, platinum) - Elektrod tidak lengai
Elektrod tidak lengai ialah elektrod yang akan mengalami perubahan kimia semasa elektrolisis. (Contoh: Kuprum, argentum, merkuri)
Elektrolisis Kuprum(II) Sulfat dengan Karbon Sebagai Elektrod
Ion-ion yang hadirAnod: OH–, SO42- Katod: H+, Cu2+ |
Pemerhatian dan KesimpulanAnod: Kesimpulan: Gas oksigen dihasilkan Katod Kesimpulan: Logam kuprum dihasilkanWarna larutan: |
Persamaan separa bagi tindakbalas diAnod: 4OH– → 2H2O + O2 + 4e Katod: Cu2+ + 2e → Cu |
Elektrolisis Kuprum(II) Sulfat dengan Kuprum Sebagai Elektrod
Ion-ion yang hadirAnod:OH–, SO42- Katod: H+, Cu2+ |
Pemerhatian dan KesimpulanAnod:Pemerhatian: Elektrod menjadi semakin nipisKesimpulan: Elektrod kuprum terlarut di dalam larutanKatod Pemerhatian: Elektrod menjadi semakin tebalKesimpulan: Logam kuprum dihasilkanWarna larutan: Warna larutan tidak berubah |
Persamaan separa bagi tindakbalas diAnod:Cu → Cu2+ + 2e Katod: Cu2+ + 2e → Cu |
Perbincangan:
- Anod yang diperbuat daripada kuprum adalah tidak lengai jika elektrolit digunakan mengandungi ion kuprum(II) di dalamnya.
- Semasa elektrolisis, atom-atom kuprum dari anod mengion untuk menghasilkan ion kuprum(II). Akibatnya, elektrod kuprum yang merupakan anod terlarut dan jisimnya berkurangan.