Bayu Darat
- Pada waktu malam, suhu di permukaan darat menurun dengan cepat kerana muatan haba tentunya lebih kecil daripada air.
- Akibatnya, suhu air laut lebih tinggi daripada tanah darat.
- Udara di atas permukaan laut dipanaskan dan ketumpatannya menurun.
- Udara itu bergerak ke atas dan udara sejuk di atas darat bergerak ke laut menggantikan tempatnya.
- Suatu perolakan berlaku dan angin bertiup dari darat ke laut pada waktu malam.
Bayu Laut
- Muatan haba tentu tanah darat lebih kecil daripada muatan haba tentu air. Oleh itu, suhu di darat berubah dengan lebih cepat berbanding dengan laut.
- Pada waktu siang, matahari memanaskan permukaan darat lebih cepat daripada air laut.
- Perolakan air yang berlaku dalam air laut juga menyebabkan air lebih sejuk daripada tanah.
- Udara di atas permukaan darat dipanaskan dan menjadi kurang tumpat, seterusnya bergerak ke atas. Ini menyebabkan tekanan udara di darat menurun.
- Udara sejuk di atas permukaan laut bergerak ke darat untuk membentuk suatu perolakan.
- Akibatnya angin bertiup dari laut ke darat pada waktu siang dan membentuk bayu laut..
Iklim Sederhana
- Sesetengah tempat yang berdekatan dengan tasik dan laut mempunyai iklim yang sederhana.
- Ini adalah kerana air mempunyai muatan haba tentu yang tinggi.
- Pada siang hari di mana cuaca adalah panas, air tasik/laut menyerap haba dari sekeliling. Ini dapat membantu mengurangkan suhu sekeliling.
- Pada masa malam yang sejuk, air tasik/laut membebaskan haba ke persekitaran. Ini dapat mengelakan pengurang suhu yang terlalu tinggi.
- Akibatnya, tempat yang berhampiran dengan tasik/laut mengalami perubahan suhu harian yang rendah, iaitu iklim yang sederhana.