Getah Sintetik
- Getah sintetik ialah elastomer atau polimer yang boleh berubah semula ke bentuk semula jadi asalnya selepas ditarik atau ditekan. [Getah asli juga ialah elastomer.]
- Contoh getah sintetik adalah neoprena dan stirena-butadiena (SBR).
Neoprena
Struktur
Monomer: Kloroprena
Jenis pempolimeran: Penambahan
Kegunaan: Untuk membuat sarung tangan getah dan untuk membuat pembalut kabel elektrik.
Stirena-butadiena or SBR
Struktur
Monomer: Stirena and butan-1,3-diena
Jenis pempolimeran: Penambahan
Kegunaan: Untuk membuat tayar, tapak kasut dan tali pinggang mekanikal.
Gentian Tiruan
- Nilon dan terilena ialah gentian sintetik yang dibuat melalui proses pempolimeran kondensasi.
- Gentian ini menyerupai gentian semulajadi tetapi lebih tahan terhadap tekanan dan bahan kimia, dan lebih tahan lama.
Nilon
Struktur
Monomer: Heksana-1,6-diamina dan asid heksana-1,6-dioik
Jenis pempolimeran: Kondensasi
Kegunaan: Untuk membuat payung, permaidani, sikat, langsir, tali nilon dan tali, sarung kaki, berus gigi dan sebagainya.
Terilena
Struktur
Monomer: Etana-1,2-diol dan asid benzena-1,4-dikarboksilik
Jenis pempolimeran: Kondensasi
Kegunaan: Untuk membuat jaring, pakaian (cepat kering, bukan besi), kaset dan pita video.