Graf Sesaran – Jarak
- Graf Sesaran-Jarak menunjukkan kedudukan setiap zarah dalam gelombang yang relatif dengan jaraknya dari titik rujukan.
- Dalam graf Sesaran-Jarak,
- Jarak antara dua puncak atau palung berturut-turut adalah panjang gelombang.
- Sesaran maksimum zarah dari kedudukan keseimbangan (Di mana sesaran= 0) ialah amplitud.
- Amplitud gelombang akan meningkat apabila tenaga yang dipindah oleh gelombang meningkat dan sebaliknya.
Membanding Graf Sesaran-Masa dan Graf Sesaran-Jarak
(Graf Sesaran-Masa – Graf Ayunan) |
(Graf Sesaran-Jarak – Graf Gelombang) |
- Bentuk graf Sesaran-masa dan graf Sesaran-Jarak kelihatan sama. Bagaimanapun, mereka adalah 2 jenis graf yang berbeza.
- Graf Sesaran-Masa menunjukkan kedudukan satu objek berayun dari masa ke masa sedangkan graf Sesaran-Jarak menunjukkan kedudukan zarah-zarah dalam gelombang pada satu ketika.
- Bagi graf Sesaran-Masa, jarak di antara 2 puncak/palung mewakili tempoh sedangkan bagi graf Sesaran-Jarak, ia mewakili panjang gelombang.
Videos
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.