Haba penyesaran ialah perubahan tenaga apabila satu mol logam disesarkan daripada larutan garamnya oleh logam yang lebih elektropositif
- Tindak balas penyesaran berlaku apabila logam yang berada pada kedudukan yang lebih tinggi dalam siri elektrokimia menggantikan logam di bawahnya dari larutan garamnya.
- Haba penyesaran ialah perubahan tenaga apabila satu mol logam disesarkan daripada larutan garamnya oleh logam yang lebih elektropositif
- Tindak balas penyesaran merupakan tindak balas eksotermik.
- Contoh di bawah menunjukkan bagaimana haba penyesran dapat dikira.
Contoh:
Seorang pelajar menuangkan 50cm³ asid hidroklorik, 2 mol/dm³ ke dalam satu bikar plastik, dan mencatatkan suhunya. Sebilangan serbuk zink (lebihan) ditambahkan ke dalam asid itu. Larutan dikacau dengan menggunakan rod kaca, dan suhu tertinggi yang dicapai oleh campuran dicatatkan.
Suhu awal larutan: 27.0 ° C
Suhu tertinggi larutan: 57.0 ° C
Cari haba penyesaran tindak balas.
[Muatan haba tentu larutan = = 4.2 Jg-1 ° C-1,
ketumpatan larutan = 1 g / cm³]
Jawapan:
2HCl(ak) + Zn(p) → ZnCl2 (ak) + H2(g)
Bilangan mol asid hidroklorik \begin{gathered} n = \frac{{MV}}{{1000}} \hfill \\ n = \frac{{(2.0)(50)}}{{1000}} \hfill \\ n = 0.1mol \hfill \\ \end{gathered} Bilangan mol gas hidrogen yang dihasilkan = 0.1/2=0.05mol Jumlah haba dibebaskan Q = mcθ Q = (50)(4.2)(57-27) Q = 6300J \[\begin{gathered} \Delta H = \frac{{{\text{Perubahan haba}}}}{{{\text{Bilangan mol mendakan terbentuk}}}} \hfill \\ = \frac{{6300}}{{0.05}} \hfill \\ = 126,000Jmo{l^{ – 1}} = 126kJmo{l^{ – 1}} \hfill \\ \end{gathered} \]