Menentukan Kadar Purata Bagi Perubahan Boleh Diukur
- Apabila suatu tindak balas kimia berlaku, dua perkara berikut akan berlaku:
- Kuantiti bahan tindak balas berkurangan dengan masa.
- Kuantiti hasil tindak balas yang terbentuk bertambah dengan masa.
- Kuantiti bahan tindak balas dan hasil tindak balas yang dimaksudkan termasuk
- kepekatan larutan
- jisim pepejal
- isi padu gas dan sebagainya.
- Kadar tindak balas boleh ditentukan dengan menyukat perubahan kuantiti bahan tindak balas atau hasil tindak balas dalam satu unit masa.
- Misalnya, dalam tindak balas antara asid sulfurik cair dengan pita magnesium, dua perubahan berikut diperhatikan:
- Pengurangan jisim magnesium (bahan tindak balas)
- Pembebasan gas hidrogen (hasil tindak balas)
Mg + H2SO4 → MgSO4 + H2
Oleh itu, kadar tindak balas boleh ditentukan dengan menilai pengurangan jisim magnesium dengan masa
Contoh:
Dalam satu tindak balas, 5 g kalsium karbonat mengambil masa 250 saat untuk bertindak balas sepenuhnya dengan larutan asid hidroklorik. Kirakan kadar purata bagi tindak balas ini dalam unit
(a) g s-1 dan
(b) mol s-1
[ Jisim atom relatif: C 12; O, 16; Ca, 40]
Jawapan:
a.
Kadar tindak balas
= 5g/250s
=0.02 gs-1
b. Jisim formula relatif kalsium karbonat (CaCO3 )
=40+12+3(16) = 100
Bilangan mol CaCO3
= 5g/(100 gmol-1)
=0.05 mol
Kadar tindak balas
= 0.05 mol/250s
=0.0002 mols-1