Kejituan
Kejituan pengukuran ialah betapa hampir suatu nilai pengukuran kepada nilai sebenar.
- Kejituan pengukuran ialah betapa hampir suatu nilai pengukuran kepada nilai sebenar.
- Satu ukuran adalah lebih jitu jika nilainya adalah lebih dekat dengan nilai yang sebenar.
- Perbezaan antara satu ukuran dengan nilai sebenar dikenal sebagai ralat.
- Kejituan suatu pengukuran boleh ditambah dengan
- menggunakan alat pengukuran yang lebih peka,
- mengambil beberapa bacaan ulangan,
- mengelakkan ralat paralaks dan ralat sifar.
- Maksud kepersisan dan kejituan dapat dijelaskan dengan mengkaji tembakan-tembakan yang dilakukan oleh tiga orang peserta dalam pertandingan menembak.