Kemolaran dan pH

Kemolaran Asid dan Kemolaran Ion Hidrogen

  1. Nilai pH satu larutan bergantung kepada kepekatan ion hidrogen larutan itu.
  2. Semakin tinggi kepekatan ion hidrogen, semakin rendah nilai pH.
  3. Kepekatan atau kemolaran ion hidrogen suatu asid bergantung kepada
    1. kemolaran asid
    2. kekuatan asid
    3. kebesan asid

Kemolaran Asid dan nilai pH

Kemolaran Asid HidroklorikKemolaran Ion H+pH
0.1 mol/dm30.1 mol/dm31
0.05 mol/dm30.05 mol/dm31.3
0.01 mol/dm30.01 mol/dm32
  1. Kepekatan ion hidrogen di dalam suatu asid bergantung kepada kepekatan asid itu. Semakin tinggi kepekatan asid semakin tinggi kepekatan ion hidrogen di dalam asid.
  2. Dalam jadual di atas, semakin rendah kepekatan asid hidroklorik, semakin rendah kepekatan ion hidrogen, Maka semakin tinggi nilai pH asid itu.

Kekuatan Asid dan Nilai pH

AsidKepekatan AsidKepekatan Ion HidrogenpH
Asid Hidroklorik
(Asid kuat)
0.10.11
Asid Etanoik
(Asid lemah)
0.10.0013
  1. Asid lemah mengion separa di dalam air. Oleh itu kemolaran ion hidrogennya lebih rendah daripada kemolaran asid.
  2. Contohnya, di dalam jadual di atas, kemolaran asid etanoik ialah 0.1 mol/dm3 manakala kemolaran ion hidrogen hanya 0.001 mol/dm3. Ini adalah kerana kebanyakan molekul etanoik tidak mengurai di dalam air membentuk ion hidrogen.
  3. Oleh itu, nilai pH asid lemah adalah lebih tinggi daripada nilai pH asid kuat jika kemolaran kedua-dua asid adalah sama.

Kebesan Asid dan Nilai pH

AsidKepekatan AsidKepekatan Ion HidrogenpH
Asid Hidroklorik (Asid monobes)0.10.11
Asid Sulfurik (Asid dwibes)0.10.20.7
  1. Kebesan asid ialah bilangan ion hidrogen yang dapat dihasilkan oleh 1 molekul asid.
  2. Bagi asid dwibes, setiap molekul asid menghasilkan dua ion hidrogen.
    H2SO4 → 2H+ + SO42-
    Oleh itu, kepekatan ion hidrogen asid dwibes adalah dua kali ganda kepekatan asid.
  3. Oleh itu, nilai pH asid dwibes adalah lebih rendah daripada Nilai pH asid monobes jika kepekatannya adalah sama dan kedua-duanya ialah asid kuat.

Leave a Comment