- Dua objek dikatakan berada dalam sentuhan terma jika tenaga haba boleh berpindah di antara kedua-dua objek itu.
- Apabila dua objek berada dalam keseimbangan terma, kadar bersih pemindahan tenaga antara dua objek itu adalah sifar.
- Dua objek yang berada dalam keseimbangan terma mempunyai suhu yang sama
Contoh:
- Rajah di bawah menunjukkan 2 bongkah berada dalam sentuhan terma.
- Mula-mula, suhu awal bagi kedua-dua objek adalah berbeza. Oleh itu terdapat pemindahan haba bersih daripada objek yang lebih panas ke dalam objek yang lebih sejuk.
- Selepas seketika, keseimbangan terma tercapai dan suhu kedua-dua bongkah menjadi sama. Pada masa itu, tiada pemindahan yang bersih di antara kedua-dua bongkah.
Sebelum Keseimbangan Terma Tercapai
- Pada permulaan, suhu bongkah A lebih tinggi daripada suhu bongkah B.
- Terdapat pemindahan haba daripada bongkah A yang lebih panas ke dalam bongkah B yang lebih sejuk (1000J/s) dan juga daripada bongkah B ke dalam bongkah A (200J/s) pada masa yang sama.
- Bagaimanapun, kadar pemindahan tenaga daripada bongkah A ke bongkah B adalah lebih tinggi daripada pemindahan tenaga daripada bongkah B ke bongkah A.
- Akibatnya terdapat pemindahan tenaga haba bersih daripada bongkah A ke bongkah B. Suhu bongkah A semakin menurun manakala suhu bongkah B semakin meningkat.
Selepas Keseimbangan Terma Tercapai
- Akhirnya, kedua-dua objek mencapai suhu yang sama, di mana kadar pemindahan tenaga daripada bongkah A ke dalam bongkah B dan bongkah B ke dalam bongkah A adalah sama.
- Pemindahan tenaga haba bersih tidak berlaku daripada mana-mana objek.
- Ini dikatakan keseimbangan terma telah di capai.