Memahami Tekanan

Tekanan

  1. Tekanan (P) ialah daya (F) yang bertindak secara normal ke atas satu permukaan per unit luas (A), iaitu

Contoh


Seperti ditunjukkan di dalam rajah di atas, satu daya 20N dikenakan ke atas satu permukaan berluas 4cm². Daya ini dibahagi sama rata oleh keseluruh permukaan, maka setiap satu cm² menanggung daya sebanyak  5N (20N/4).

Daya (5N) bertindak ke atas 1 unit luas permukaan (1cm²) ialah tekanan yang dikenakan ke atas permukaan itu. Dalam kes ini, tekanan yang dikenakan ke atas permukaan itu ialah 5N/cm².

Secara matematik, kita tulis




Unit Tekanan

Unit bagi tekanan ialah N/m² atau Pa (pascal). 1 Pa ialah tekanan yang dihasilkan oleh daya 1 N yang bertindak secara normal ke atas luas 1 m² .
1 N/m² = 1 Pa

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Magnitud Tekanan

Dua faktor yang mempengaruhi tekanan ialah

  1. Magnitud daya
    Tekanan adalah berkadar langsung dengan daya yang dikenakan. Semakin besar daya yang dikenakan, semakin besar tekanan terhasil.
  2. Luas Permukaan Dikenakan Daya
    Tekanan adalah berkadar songsang dengan luas permukaan yang dikenakan daya. Semakin besar luas permukaan dikenakan daya, semakin kecil tekanan dialami.

Leave a Comment