Menggunakan Teori Perlanggaran Untuk Menerangkan Faktor-Faktor Mempengaruhi Kadar Tiddak Balas

Penerangan oleh Teori Perlanggaran

Jumlah Luas Permukaan Bahan Tindak Balas

  1. Apabila saiz bahan pepejal yang bertindak balas lebih kecil, jumlah kawasan permukaan yang terdedah menjadi lebih besar.
  2. Ini menyebabkan frekuensi perlanggaran antara bahan tindak balas meningkat.
  3. Akibatnya, frekuensi perlanggaran berkesan juga meningkat dan dengan demikian meningkatkan kadar tindak balas.

Kepekatan

  1. Larutan dengan kepekatan yang lebih tinggi mempunyai lebih banyak zarah per unit isi padu dalam larutan.
  2. Oleh itu, frekuensi perlanggaran antara bahan tindak balas meningkat.
  3. Akibatnya, frekuensi perlanggaran berkesan juga meningkat dan oleh itu kadar tindak balas meningkat.

Suhu

  1. Apabila suhu tindak balas meningkat, zarah-zarah bahan tindak balas bergerak dengan lebih cepat.
  2. Ini menyebabkan frekuensi perlanggaran antara bahan tindak balas meningkat.
  3. Akibatnya, frekuensi perlanggaran berkesan juga meningkat dan dengan demikian meningkatkan kadar reaksi.

Kehadilan Mangkin

  1. Apabila mangkin positif digunakan dalam tindak balas, mangkin itu menyediakan lintasan alternatif dengan tenaga pengaktifan yang lebih rendah untuk tindak balas.
  2. Akibatnya, frekuensi pelanggaran berkesan meningkat dan dengan demikian meningkatkan kadar tindak balas.

Tekanan Gas

  1. Bagi tindak balas yang melibatkan gas, apabila tekanan meningkat, zarah gas dimampatkan untuk mengisi ruang yang kecil. Ini menjadikan bilangan zarah gas per unit isipadu meningkat.
  2. Dengan ini, frekuensi perlanggaran antara reaktan meningkat.
  3. Akibatnya, frekuensi perlanggaran berkesan juga meningkat dan dengan demikian meningkatkan kadar reaksi.

Leave a Comment