Momentum
- Momentum ditakrifkan sebagai hasil darab jisim dan halaju.
- Momentum ialah satu kuantiti vektor. Ia mempunyai magnitud dan arah.
- Unit S.I. bagi momentum ialah kgms-1
Formula:
Contoh:
Seorang pelajar melepas sebiji bola berjisim 2kg dari ketinggian 5m. Berapakah momentum bola itu sejurus sebelum terhempas ke atas lantai?
Seorang pelajar melepas sebiji bola berjisim 2kg dari ketinggian 5m. Berapakah momentum bola itu sejurus sebelum terhempas ke atas lantai?
Jawapan:
Untuk mencari momentum, kita perlu tahu jisim dan halaju bola itu sejurus sebelum ia terhempas di atas lantai.
Diberi bahawa jisim bola, m = 2kg.
Halaju bola tidak diberi secara langsung. Bagaimanapun, kita boleh menentukan halaju bola dengan menggunakan persamaan gerakan dengan pecutan seragam.
Ini ialah gerakan jatuh bebas,
Halaju awal, u = 0
Pecutan, a = pecutan graviti, g = 10ms-2
Sesran, s = ketinggian = 50m.
Halaju akhir = ?
Dengan menggunakan persamaan
v2 = u2 + 2as
v2 = (0)2 + 2(10)(5)
v = 10ms-1
Momentum bola
p = mv =(2)(10) = 20 kgms-1