Contoh
Satu bongkah aluminium berjisim 0.5kg dengan suhu 100°C diletakkan ke dalam air berjisim 1.0kg dengan suhu 20°C. Dengan mengandaikan bahawa tiada tenaga haba yang hilang ke persekitaran, berapakah suhu terakhir aluminium dan air ketika mereka mencapai suhu yang sama? [Muatan haba tertentu air adalah 4200Jkg-1K-1 dan muatan haba tertentu aluminium ialah 900 Jkg-1K-1]
Jawapan:
Katakan suhu akhir bagi bongkah aluminium dan air = θ
Bagi aluminium,
m1 = 0.5 kg
c1 = 900 Jkg-1K-1
∆θ1 = 100 °C – θ
Bagi air,
m2 = 1.0kg
c2 = 4200 Jkg-1K-1
∆θ2 = θ – 20 °C
Contoh
Berapakah suhu air yang akan dicapai jika 50g air dengan 0°C ditambah ke dalam 250 g air dengan 90°C?
[Muatan haba tertentu air ialah 4200Jkg-1K-1]
Jawapan:
Bagi air pada suhu 90 °C,
m1 = 250g
c1 = c2 = c
∆θ1 = 90 °C – θ
Perubahan Tenaga
Tenaga Keupayaan ↔ Tenaga Haba
Apabila satu objek jatuh daripada kedudukan tinggi, tenaga keupayaan yang dimiliki oleh objek itu boleh berubah kepada tenaga haba.
Jika kita membuat anggapan bahawa tidak ada kehilangan tenaga haba ke sekitarnya, maka
Tenaga Keupayaan = Tenaga Haba
mgh = mcθ
Tenaga Elektrik ↔ Tenaga Haba
Tenaga elektrik, E = Pt
Sekiranya kita menganggap bahawa semua tenaga elektrik berubah menjadi tenaga terma, maka
Pt = mcΔθ
Contoh
Satu pemanas elektrik membekalkan kuasa 2.5 kW dalam bentuk haba ke satu tangki air. Berapa lama yang diperlukan untuk memanaskan 20 kg air dalam satu tangki dari 25 °C hingga 70 °C?
[kehilangan haba ke persekitaran boleh diabaikan. Muatan haba tertentu air adalah 4200Jkg-1K-1 ]
Jawapan:
P = 2500W
m = 20kg
c = 4200Jkg-1K-1