Daya Elektrik pada Nyalaan Lilin Di Dalam Satu Medan Elektrik
- Biasanya, dalam udara tenang tanpa angin, nyalaan lilin adalah simetri.
- Api lilin yang panas mengionkan molekul-molekul udara di sekelilingnya. Akibatnya, api dikelilingi oleh sebilangan besar ion positif dan negatif.
- Jika lilin ini diletakkan di dalam satu medan elektrik, daya elektrik akan bertindak pada nyalaan lilin seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
- Nyalaan lilin didapati tersebar mendekati kedua-dua plat logam yang bercas itu.
- lon-ion negatif tertarik ke plat positif manakala ion-ion positif tertarik ke plat negatif.
- Penyebaran nyalaan lilin ke plat negatif adalah lebih besar daripada nyalaan lilin ke plat positif.
- Ini adalah kerana ion-ion positif mempunyai jisim yang lebih besar daripada ion-ion negatif.
Maka, bilangan ion-ion positif yang lebih banyak dalam nyalaan akan menyebabkan bahagian nyalaan yang lebih besar tersebar ke plat negatif.