Pecutan
- Pecutan ialah kadar perubahan halaju. Ia mengukur betapa cepatnya halaju sesuatu objek berubah.
- Pecutan ialah kuantiti vektor. Ia mempunyai magnitud dan arah.
- Unit SI bagi pecutan ialah meter sesaat sesaat (ms-2).
- Jika halaju pergerakan berkurang, nilai pecutan menjadi negatif dan ia dikatakan mengalami nyahpecutan.
Persamaan
Contoh:
Sebuah kereta bergerak dari pegun mencapai halaju 36 ms-1 dalam 8 saat. Berapakah pecutan kereta itu?
Jawapan:
Sebuah kereta bergerak dari pegun mencapai halaju 36 ms-1 dalam 8 saat. Berapakah pecutan kereta itu?
Jawapan:
Halaju awal, u = 0
Halaju akhir, v = 36 ms-1
Masa yang diambil, t = 8s
Pecutan, a = ?
Nota Tambahan
- Objek yang mengalami perubahan halaju dikatakan memecut.
- Perubahan halaju mungkin adalah
- perubahan laju
- perubahan arah
- Suatu objek dikatakan bergerak dengan pecutan seragam, apabila halajunya berubah dengan kadar yang tetap.