Pembiasan Gelombang Bunyi

Pembiasan Gelombang Bunyi

Eksperimen 1

Keputusan

Amplitud gelombang bunyi meningkat apabila belon yang diisi dengan karbon dioksida diletakkan di antara pembesar suara dan mikrofon.

Penerangan

  1. Karbon dioksida lebih tumpat daripada udara.
  2. Gelombang suara dibiaskan mendekati normal ketika gelombang merambat dari udara ke dalam balon, dan menjauhi normal ketika bergerak keluar dari balon.
  3. Akibatnya, belon bertindak sebagai kanta penumpu dan menumpukan gelombang suara kepada satu titik. Oleh itu, amplitud gelombang meningkat.

Eksperimen 2

Keputusan

Amplitud gelombang suara menurun apabila belon yang diisi dengan helium diletakkan di antara pembesar suara dan mikrofon. 

Penerangan

  1. Gas helium kurang tumpat daripada udara.
  2. Gelombang bunyi dibiaskan menjauhi normal ketika gelombang merambat dari udara ke dalam balon, dan lebih dekat ke normal ketika bergerak keluar dari balon.
  3. Akibatnya, gelombang dialihkan ke kawasan yang lebih luas dan menyebabkan amplitud gelombang suara menurun.

Leave a Comment