Prinsip Keabadian Momentum
Prinsip Keabadian Momentum menyatakan bahawa jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran. Jumlah momentum sebelum tindak balas = Jumlah momentum selepas tindak balasFormula
m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2
m1 = jisim jasad pertama
m2 = jisim jasad kedua
u1 = halaju awal jasad pertama
u2 = halaju awal jasad kedua
v1 = halaju akhir jasad pertama
v2 = halaju akhir jasad kedua
Contoh – Kedua-dua objek bergerak dalam arah yang sama sebelum perlanggaran
Sebuah kereta berjjisim 600kg bergerak dengan halaju 60km/j. Ia kemudian berlanggar dengan kereta B yang berjisim 800kg dan bergerak dengan halaju 20 ms-1 dalam arah yang sama. Jika kereta B bergerak dengan halaju 30 ms-1 akibar daripada hentakan itu, berapakah halaju kereta A sejurus selepas perlanggaran itu?Jawapan:
m1 = 600kg
m2 = 800kg
u1 = 40 ms-1
u2 = 20 ms-1
v1 = ?
v2 = 30 ms-1
Prinsip Keabadian Momentum
m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2
(600)(40) + (800)(20) = (600)v1 + (800)(30)
40000 = 600v1 + 24000
600v1 = 16000
v1 = 26.67 ms-1
Contoh – Kedua-dua objek bergerak dalam arah yang berlawanan sebelum perlanggaran
Sebiji bola 0.50kg bergerak dengan 6.0 ms-1 berlanggar dengan satu lagi bola 1.0kg yang bergerak dengan laju 12.0 ms-1 dalam arah yang berlawanan. Bola 0.50kg itu berundur ke belakang dengan laju 14.0 ms-1 selepas perlanggaran. Cari halaju bola yang kedua selepas perlanggaran.Jawapan:
m1 = 0.5 kg
m2 = 1.0 kg
u1 = 6.0 ms-1
u2 = -12.0 ms-1
v1 = -14.0 ms-1
v2 = ?
(PENTING: halaju adalah negatif apabila suatu objek bergerak dalam arah berlawanan)
Prinsip keabadian momentum,
m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2
(0.5)(6) + (1.0)(-12) = (0.5)(-14) + (1.0)v2
-9 = – 7 + 1v2
v2 = -2 ms-1