Sifat-sifat Kimia Alkohol

Pembakaran Alkohol

  1. Sama seperti hidrokarbon, alkohol mengalami pembakaran dengan kehadiran oksigen untuk menghasilkan karbon dioksida dan air.
  2. Pembakaran alkohol menghasilkan api kurang jelaga berbanding dengan pembakaran alkana dan alkena disebabkan oleh kehadiran oksigen dalam kumpulan -OH.
  3. Disebabkan oleh kehadiran kumpulan -OH, peratus karbon dalam alkohol agak rendah berbanding dengan peratus karbon alkana dan alkena.

Persaman:
Pembakaran Etanol

C2H5OH + 3O2 → 2CO2 + 3H2O

Pembakaran Propanol

C3H7OH + 9/2 O2 → 3CO2 + 4H2O

    Tindak Balas Alkohol Dengan Air

    Nota Ulangkaji:
    Tindak balls di antara air dengan natrium (Unsur Kumpulan 1)

    2Na + 2H2O → 2NaOH + H2

    1. Kami telah mempelajari tindak balas logam kumpulan 1 dengan air sejuk dalam Tingkatan 4, bab 4-Jadual Berkala.
    2. Tindak balas alkohol dengan natrium adalah serupa dengan tindak balas ini.
    3. Apabila seketul kecil natrium dimasukkan ke dalam etanol, ia bertindak balas dengan perlahan-lahan dan mengeluarkan gelembung gas hidrogen dan menghjasilkan larutan natrium etoksida, CH3CH2ONa.
    4. Natrium etoksida juga dikenali sebagai alkoksida.
    5. Dalam tindak balas ini, natrium bertindak dengan kumpulan alkosil -OH Membentuk natrium alkoksida dan gas hidrogen.

    Contoh:
    Metanol dan Natrium

    2CH3OH + 2Na → 2CH3ONa + H2

    Etanol dan natrium

    2C2H5OH + 2Na → 2C2H5ONa + H2

    Pendehidratan Alkohol

    1. Apabila alkohol dipanaskan, ia akan terurai membentuk alkena dan air.
    2. Sebagai contoh, pemanasan etanol akan menghasilkan etena, pemanasan propanol akan menghasilkan propena dan sebagainya.
    3. Proses ini dipanggil pendehidratan alkohol.

    Pendehidratan Etanol

    C2H5OH → C2H4 + H2O

    Pendehidratan Propanol

    C3H7OH → C3H6 + H2O

      Pendehidratan Alkohol Menggunakan Aluminium Oksida sebagai Mangkin


      Mangkin: Aluminium oksida/ cip porselin

      Pendehidratan Alkohol Menggunakan Asid Sebagai Mangkin

      Mangkin: Asid sulfurik/asid fosforik

      Suhu: 170°C

      Pengoksidaan Alkkohol


      Alkohol boleh dioksidakan untuk membentuk asid karboksilik apabila bertindak balas dengan agen pengoksidaan.

      Persamaan:

      C2H5OH + 2[O] → CH3COOH + H2O

      Nota:

      1. Agen pengoksida yang digunakan:
        1. Kalium dikromat(VI) diasidkan
        2. Kalium manganat(VII) diasidkan
        3. Pemerhatian:
          1. Bagi pengoksidasi kalium dikromat (VI), jika pengoksidaan berlaku, larutan oren yang mengandungi ion dikromat(VI) diturunkan kepada larutan berwarna hijau yang mengandungi ion kromium(III).
          2. Bagi kalium permanganate(VII) berasid, warna ungu potassium permanganate (VII) dilunturkan.
        4. Alkohol dipanaskan di bawah refluks dengan agen pengoksidaan yang berlebihan.
        5. Teknik refluks yang digunakan untuk mengelakkan wap alkohol terlepas ke sekitarnya.
        6. Apabila tindak balas selesai, asid karboksilik akan disulingkan.

      Leave a Comment