Hubungan antara Perubahan Tenaga dengan Pemecahan/Pembentukan Ikatan
- Semasa tindak balas, tenaga mesti dibekalkan untuk memutuskan ikatan dalam bahan tindak balas, dan tenaga akan dibebaskan ketika ikatan terbentuk dalam hasil tindak balas.
- Jumlah tenaga yang diserap atau dibebaskan bergantung kepada kekuatan ikatan.
- Sekiranya jumlah tenaga yang dibebaskan semasa proses membentuk ikatan lebih tinggi daripada jumlah tenaga yang diserap semasa proses pemutusan ikatan, tindak balas tersebut adalah tindak balas eksotermik.
- Sekiranya jumlah tenaga yang diserap untuk memutuskan ikatan lebih tinggi daripada jumlah tenaga yang dibebaskan semasa pembentukan ikatan kimia, tindak balas tersebut adalah tindak balas endotermik.
![Termokimia-06 Termokimia-06](https://onlinetuition.com.my/wp-content/uploads/2016/05/Termokimia-06-e1592915051332.png)
![Termokimia-07 Termokimia-07](https://onlinetuition.com.my/wp-content/uploads/2016/05/Termokimia-07.png)
![Termokimia-08 Termokimia-08](https://onlinetuition.com.my/wp-content/uploads/2016/05/Termokimia-08.png)