- Termometer cecair-dalam-kaca berfungsi mengikut prinsip di mana cecair mengembang apabila suhu meningkat.
- Cecair yang biasa digunakan ialah
- Merkuri
- Alkohol
Soal Jawab
S: Nyatakan kebaikan dan kelemahan penggunaan merkuri di dalam termometer cecair dalm kaca.
J:
Kebaikan:
- mudah dilihat.
- mengembang (atau mengecut) dengan cepat pada sebarang suhu.
- tidak melekat pada dinding tiub kapilari.
- konduktor haba yang baik
- mengembang dengan seragam apabila dipanaskan
- tidak mengewap
- mempunyai takat didih yang tinggi
Kelemahan:
- Takat beku = -39°C. Tidak sesuai untuk mengukur suhu yang lebih rendah daripada -39°C.
- Beracun
- Mahal
Soal Jawab
S: Nyatakan kebaikan dan kelemahan penggunaan alkohol di dalam termometer cecair dalm kaca.
J:
Kebaikan:
- Mempunyai takat beku yang rendah, iaitu -115 °C. Dapat digunakan untuk mengukur suhu lebih rendah daripada -40 °C.
- Lebih mudah mengembang berbanding dengan merkuri.
Kelemahan:
- Bersifat lutsinar. Susah dilihat. Oleh itu mesti diwarnakan.
- Cenderung melekat pada dinding tiub termometer.
- Mempunyai takat didih yang rendah, iaitu 78 °C.
- Mudah mengewap.
Soal Jawab
S: Nyatakan ciri-ciri bagi cecair yang sesuai digunakan dalam termometer cecair dalam kaca.
J:
- Mudah dilihat
- Konduktor haba yang baik
- Mengembang (atau mengecut) dengan cepat pada sebarang suhu.
- Tidak melekat pada dinding tiub kapilari.
Soal Jawab
S: Nyatakan bagaimana kepekaan suatu termometer cecair dalam kaca dapat ditingkatkan.
J:
- Menggunakan bebuli kaca yang berdinding nipis.
- Menggunakan tiub kapilari yang berdiameter lebih kecil
- Menggunakan bebuli yang lebih kecil