Tindak Balas Redoks
- Pengoksidaan boleh ditakrifkan sebagai tindak balas yang melibatkan
- penambahan oksigen atau kehilangan hidrogen
- kehilangan elektron
- penambahan nombor pengoksidaan unsur
- Penurunan boleh ditakrifkan sebagai tindak balas yang melibatkan
- kehilangan oksigen atau penambahan hidrogen
- penerimaan elektron
- pengurangan nombor pengoksidaan unsur
- Tindak balas redoks ialah tindak balas di mana pengoksidaan dan penurunan berlaku secara serentak.
- Agen pengoksidaan adalah bahan kimia yang menyebabkan pengoksidaan bahan lain berlaku. Agen pengoksidaan ialah satu penerima elektron dan sendirinya diturunkan.
- Agen penurunan adalah bahan kimia yang menyebabkan penurunan bahan lain berlaku. Agen penurunan ialah satu penderma elektron dan sendirinya dioksidakan.