Tindak Balas Redoks Melibatkan Pemindahan Elektron Pada Suatu Jarak

  1. Tindak balas redoks berlaku apabila larutan suatu agen pengoksidaan bercampur dengan larutan agen penurunan.
  2. Sekiranya larutan agen pengoksidaan dan larutan agen penurunan dipisahkan oleh elektrolit dalam tiub-U, tindak balas redoks masih akan berlaku tetapi pemindahan elektron akan berlaku melalui wayar penghubung.

  1. Agen penurunan itu mengalami pengoksidaan dengan kehilangan elektron. Oleh itu, elektrod karbon yang direndam dalam larutan agen penurunan menjadi terminal sel negatif.
  2. Aliran elektron melalui wayar penghubung ke elektrod karbon yang direndam dalam larutan agen pengoksidaan. Elektrod karbon bertindak sebagai terminal sel positif.
  3. Agen pengoksida mengalami penurunan dengan penerimaan elektron.

Panduan untuk Menyelesaikan Masalah Berkaitan Pemindahan Elektron Pada Satu Jarak

  1. Pengoksidaan selalu berlaku di anod.
  2. Penurunan sentiasa berlaku di katod.
  3. Anod adalah terminal negatif.
  4. Katod adalah terminal positif.

Tindak Balas Di Antara Kalium Dikromat(VI) dan Kalium Iodida


Langkah 1: Mengenalpasti agen pengoksidaan dan agen penurunan
Agen pengoksidaan: Kalium dikromat (VI)
Agen penurunan: Kalium iodida

Langkah 2: Menentukan proses pengoksidaan dan penurunan dan meramalkan pemerhatian
Pengoksidaan
Agen pengosidaan (kalium iodida) mengalami pengoksidaan

2I –> I2 + 2e

Pemerhatian: Larutan tanpa warna menjadi kuning/jingga.

Nota: Kalium iodida adalah larutan tidak berwarna manakala iodin berwarna kuning atau jingga apabila larut dalam air.

Penurunan
Agen pengoksida mengalami penurunan

Cr2O72- +   14H+ +  6e   →      2Cr3+ +     7H2O

Pemerhatian: Warna jingga larutan bertukar menjadi hijau.

Nota: Ion dikromat (VI) berwarna jingga manakala ion kromium (III) berwarna hijau

Langkah 3: Mengenal pasti anod dan katod
Elektrod P: Anod

Elektrod Q: Katod

Nota: Pengoksidaan berlaku di anod manakala penurunan terjadi di katod.

Langkah 4: Tentukan terminal positif dan negatif
Terminal positif: Elektrod Q

Terminal negatif: Elektrod P

Nota: Anod adalah terminal negatif manakala katod adalah terminal positif.

Langkah 5: Tentukan arah pengaliran elektron.
Dari elektrod P ke elektrod Q.

Nota: Aliran elektron dari terminal negatif ke terminal positif melalui dawai.

Tindak Balas Di Antara Ferum(II) Sulfat dan Air Bromin


Langkah 1: Mengenalpasti agen pengoksidaan dan agen penurunan
Agen pengoksidaan: Air bromin
Agen penurunan: Ferum(II) sulfat

Langkah 2: Menentukan proses pengoksidaan dan penurunan dan meramalkan pemerhatian
Pengoksidaan
Agen penurunan mengalami pengoksidaan

Fe2+ + 2e –> Fe3+

Pemerhatian: Warna hijau larutan ferum(II) sulfat bertukar menjadi perang.

Nota: Ion ferum(II) berwarna hijau manakala ion ferum(III) berwarna perang

Penurunan
Agen pengoksidaan mengalami penurunan

Br2 + 2e –> 2Br

Pemerhatian: Warna kuning/jingga air bromin menjadi tidak berwarna.

Nota:
Bromin berwarna kuning/jingga dalam air manakala bromida tidak berwarna.

Langkah 3: Mengenal pasti anod dan katod

Elektrod P: Anod

Elektrod Q: Katod

Nota: Pengoksidaan berlaku di anod manakala penurunan terjadi di katod.

Langkah 4: Tentukan terminal positif dan negatif

Terminal positif: Elektrod Q

Terminal negatif: Elektrod P

Nota: Anod adalah terminal negatif manakala katod adalah terminal positif.

Langkah 5: Tentukan arah pengaliran elektron.
Dari elektrod P ke elektrod Q.

Nota: Aliran elektron dari terminal negatif ke terminal positif melalui dawai.

Leave a Comment