Peranan Air Dalam Asid dan Bes

Peranan Air Dalam Menunjukkan Sifat Asid

  1. Sesuatu asid hanya menunjukkan sifat-sifat asidnya apabila air hadir.
  2. Tanpa kehadiran air, sesuatu asid tulen dalam keadaan kering tidak menunjukkan sifat-sifat asidnya kerana asid kering tidak mempunyai ion hidrogen.
  3. Sesuatu asid yang terlarut di dalam air akan bercerai untuk menghasilkan ion H+ yang menyebabkan asid itu menunjukkan sifat-sifat asid.
  4. Contoh 1:
    gas karbon dioksida/ sulfur dioksida/ hidrogen klorida yang kering tidak bersifat asid
    Penerangan:
    gas kering itu hanya terdiri daripada molekul-molekul kovalen dan tidak mempunyai ion H+.

    Gas karbon dioksida/ sulfur dioksida/ hidrogen klorida boleh menukarkan warna kertas litmus biru yang lembab kepada merah.
    Penerangan:
    Apabila air hadir, gas-gas itu bertindak balas dengan air dan bercerai untuk menghasilkan ion-ion H+.
  5. Pelarut lain tidak boleh menggantikan air untuk menyebabkan suatu asid menunjukkan sifat-sifat asid.
  6. Ini adalah kerana asid dalam pelarut lain itu kekal dalam bentuk molekul-molekul kovalen tanpa bercerai, tiada ion-ion H+ yang hadir.
  7. Misalnya, larutan hidrogen klorida dalarn air boleh bersifat asid, manakala larutan hidrogen klorida dalam metilbenzena (toluena) kering tidak menunjukkan sifat-sifat asid.

Peranan Air Dalam Menunjukkan Sifat Alakli

  1. Dalam keadaan kering bes tidak menunjukkan sifat alkali. Ini adalah kerana iron iron hidroksida, OH, yang bebas bergerak tidak dihasilkan.
  2. Dalam air, bes tentu dapat mengion untuk menghasilkan ion ion hidroksida, OH, yang bebas bergerak. Oleh itu larutan alkali menunjukkan sifat sifat alkali.

Aplikasi-aplikasi Tekanan Rendah

Tekanan berkadar songsang dengan luas permukaan. Semakin besar satu permukaan, semakin kecil tekanan yang dikenakan ke atasnya.

Contoh-contoh aplikasi tekanan rendah adalah seperti berikut:

Tapak Dinding

Kasut Peluncur Di Atas Salji

Papan Luncur Di Atas Salji

Tayar Traktor

Kaki Gajah



Jalur Bag Tangan

Tali Pinggang Keledar

Kegunaan Asid dan Bes

Kegunaan Asid

Asid Sulfurik

  1. Elektrolit bateri kereta
  2. Membuat detergen

  3. Pembuatan cat

  4. Pembuatan baja
  5. Pembuatan polimer

Asid Karbonik

  1. Pembuatan minuman ringan

Asid Nitrik

  1. Pembuatan bahan letupan
  2. Pembuatan pewarna
  3. Pembuatan plastik
  4. Pembuatan baja

Asid Hidroklorik

  1. Menanggalkan karat

Asid Etanoik (Cuka)

  1. Memasak
  2. Mengawet makanan

Asid Metanoik (Asid Formik)

  1. Membantu penggumpalan lateks

Kegunaan Bes

Kegunaan Bes

Aluminium Hidroksida

  1. Membuat pil gastrik (Antasid)

Magnesium Hidroksida

  1. Membuat ubat gigi
  2. Membuat pil gastrik (Antasid)

Kalsium Hidroksida

  1. Membuat simen
  2. Membuat serbuk peluntur
  3. Mengurangkan keasidan tanah

Kegunaan Alkali

Ammonia

  1. Untuk membuat baja,
  2. Mengekalkan lateks dalam bentuk cecair,
  3. Menyingkirkan gris
  4. Sebagai agen pembersihan
  5. Membuat nilon

Natrium Hidroksida

  1. Membuat sabun
  2. Membuat detergen
  3. Sebagai agen peluntur

Aplikasi-aplikasi Tekanan Tinggi

Tekanan yang dikenakan ke atas satu permukaan adalah berkadar songsang dengan luas permukaan permukaan. Semakin kecil satu permukaan, semakin besar tekanan yang dikenakan ke atasnya.

Contoh-contoh aplikasi tekanan tinggi adalah seperti berikut:

Pisau Tajam

Kasut Luncur

Tapak Kasut yang Berpaku

    Bes

    Bes

    Apa Itu Bes?

    1. Bes ditakrifkan sebagai sebatian kimia yang boleh bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan garam dan air.
    2. Tindak balas antara bes dengan asid itu dikenal sebagai tindak balas peneutralan.
    3. Contoh-contoh bes termasuk semua oksida logam dan hidroksida logam. Misalnya, kuprum(II) oksida, ferum(III) oksida, dan magnesium hidroksida.
    4. Semasa sesuatu bes meneutralkan sesuatu asid, ion O2- atau ion OH daripada bes akan meneutralkan ion H+ dariapda asid untuk membentuk air.
      \[\begin{gathered}
      {O^{2 – }} + 2{H^ + } \to {H_2}O \hfill \\
      O{H^ – } + {H^ + } \to {H_2}O \hfill \\
      \end{gathered} \]
    5. Jadi, bes ialah penerima ion H+ atau penerima proton, manakala asid ialah penderma ion H+ atau penderma proton.

    Perbezaan antara Bes dengan Alkali

    1. Kebanyakan bes tidak larut dalam air.
    2. Bes yang larut dalam air dikenali sebagai alkali.
    3. Alkali ditakrifkan sebagai larutan akueus yang mengandungi ion-ion hidroksida, OH- yang bebas bergerak dalam air.
      Contoh-contoh alkali ialah
      1. kalium hidroksida,
      2. natrium hidroksida,
      3. larutan ammonia.
    4. Semua alkali adalah bes.
    5. Bes yang tidak larut dalam air akan kekal sebagai bes. contohnya, pepejal ferum(II) oksida dan ferum(II) hidroksida.

    Sifat-Sifat Fizik Alkali

    1. Alkali mempunyai sifat sifat fizik berikut
      1. rasa pahit
      2. licin
      3. nilai pH lebih daripada 7
      4. mengubah warna kertas litmus merah kepada biru
      5. mengkonduksikan arus elektrik

    Memahami Tekanan – Soalan Pengiraan

    Contoh 1
    Satu daya F dikenakan ke atas satu permukaan berluas 20cm², menyebabkan satu tekanan 2500Pa ke atas permukaan itu. Cari magnitud daya F. 

    Jawapan:

    1 m² = 10000 cm²

    Daripada soalan,
    A = 20 cm² = 0.002 m²
    P = 2500 Pa



    Contoh 2:
    Satu bongkah kayu mempunyai panjang 3 m, lebar 5 m dan tebal 1 m thick diletakkan di atas satu meja. Jika ketumpatan kayu ialah 900 kgm-3, cari

    1. tekanan paling rendah
    2. tekanan paling tinggi

    yang boleh dikenakan ke atas meja oleh bongkah kayu itu

    Jawapan:
    a.
    Langkah pertama: Mencari berat bongkah
    Isi padu bongkah = 3 x 5 x 1 = 15m³.

    Jisim = Ketumpatan x Isi padu

    Jisim bongkah, m = (900)(15)= 13500 kg

    Berat bongkah = mg = 13500 x 10 = 135,000N

    Langkah ke-2: Menetukan luas permukaan
    Tekanan dikenakan berkadar songsang dengan luas permukaan. Semakin besar permukaan bertindak, semakin kecil tekanan.

    Luas permukaan terbesar muka bongkah, A = 5 x 3 = 15m²

    Langkah ke-3: Mencari tekanan



    b.
    Tekanan paling tinggi apabila luas permukaan bertindak adalah paling kecil (seperti dalam rajah di bawah)

    Luas permukaan paling kecil bagi satu muka bongkah = 1 x 3 = 3m²

    Tekanan paling tinggi,


    Memahami Tekanan

    Tekanan

    1. Tekanan (P) ialah daya (F) yang bertindak secara normal ke atas satu permukaan per unit luas (A), iaitu

    Contoh


    Seperti ditunjukkan di dalam rajah di atas, satu daya 20N dikenakan ke atas satu permukaan berluas 4cm². Daya ini dibahagi sama rata oleh keseluruh permukaan, maka setiap satu cm² menanggung daya sebanyak  5N (20N/4).

    Daya (5N) bertindak ke atas 1 unit luas permukaan (1cm²) ialah tekanan yang dikenakan ke atas permukaan itu. Dalam kes ini, tekanan yang dikenakan ke atas permukaan itu ialah 5N/cm².

    Secara matematik, kita tulis




    Unit Tekanan

    Unit bagi tekanan ialah N/m² atau Pa (pascal). 1 Pa ialah tekanan yang dihasilkan oleh daya 1 N yang bertindak secara normal ke atas luas 1 m² .
    1 N/m² = 1 Pa

    Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Magnitud Tekanan

    Dua faktor yang mempengaruhi tekanan ialah

    1. Magnitud daya
      Tekanan adalah berkadar langsung dengan daya yang dikenakan. Semakin besar daya yang dikenakan, semakin besar tekanan terhasil.
    2. Luas Permukaan Dikenakan Daya
      Tekanan adalah berkadar songsang dengan luas permukaan yang dikenakan daya. Semakin besar luas permukaan dikenakan daya, semakin kecil tekanan dialami.

    Asid

    Revisi Super Cepat

    Konsep Asid

    Apa Itu Asid?

    1. Asid ialah bahan kimia yang menghasilkan ion hidrogen dalam air.
    2. Ion hidrogen ialah satu proton. Jadi, asid dapat digambarkan sebagai penderma proton.
    3. Dalam sebarang larutan akueus, ion hidrogen sentiasa dihidratkan oleh satu molekul air untuk menjadi ion hidroksonium. \[{H^ + } + {H_2}O\xrightarrow{{}}{H_3}{O^ + }\]
    4. Jadi, ion hidroksonium yang hadir dalam larutan itu dan bukan ion hidrogen.
    5. Contoh-contoh pengionan asid: Asid hidroklorik: \[HCl\xrightarrow{{{H_2}O}}{H^ + } + C{l^ – }\] atau \[HCl + {H_2}O\xrightarrow{{}}{H_3}{O^ + } + C{l^ – }\] Asid nitrik \[HN{O_3}\xrightarrow{{{H_2}O}}{H^ + } + N{O_3}^ – \] atau \[HN{O_3} + {H_2}O\xrightarrow{{}}{H_3}{O^ + } + N{O_3}^ – \] Asid etanoik \[C{H_3}COOH\xrightarrow{{{H_2}O}}{H^ + } + C{H_3}CO{O^ – }\] atau \[C{H_3}COOH + {H_2}O\xrightarrow{{{H_2}O}}{H_3}{O^ + } + C{H_3}CO{O^ – }\]

    Jenis Asid

    1. Asid boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu asid organik dan asid bukan organik.
    2. Contoh asid bukan organik ialah
      1. asid sulfurik
      2. asid sulfurus
      3. asid nitrik
      4. asid nitrus
      5. asid fosforik
    3. Beberapa contoh asid organik termasuk
      1. asid etanoik
      2. asid sitrik

    Sifat-Sifat Fizik Asid

    1. Asid mempunyai sifat fizik berikut:
      1. rasa masam
      2. nilai pH kurang daripada 7
      3. Mengakis
      4. mengubah kertas litmus biru kepada merah
      5. mengkonduksikan arus elektrik

    Kebesan Asid

    1. Kebesan asid ialah bilangan ion hidrogen yang dapat dihasilkan oleh 1 molekul asid.
    2. Mengikut takrifan ini asid boleh dibahagikan kepada
      1. asid monobes/monoprtotik
      2. asid dwibes/diprotik
      3. asid tribes/triprotik
    AsidContoh
    MonobesAsid hidroklorik, asid nitrik, asid etanoik
    DwibesAsid sulfurik, asid karbonik
    TeribesAsid fosforik

    Oksida-Oksida Asid

    1. Beberapa oksida bukan logam bertindak balas dengan air menghasilkan larutan berasid yang mengandungi ion hidrogen.
    2. Oksida oksida ini dikelaskan sebagai oksida asid. Contohnya
      Karbon dioksida
      CO2 + H2O –> 2H+ + CO32-
      Sulfur dioksida
      SO2 + H2O –> 2H+ + SO32-
      Sulfur trioksida
      SO3 + H2O –> 2H+ + SO42-