Menentukan Kadar Tindak Balas Purata
Kadar tindak balas adalah ukuran betapa cepat satu tindak balas berlaku, atau berapa banyak bahan/hasil tindak balas yang berubah dalam tempoh masa.
Contoh
Dalam satu tindak balas kimia, 2.5g kalsium karbonat bertindak balas sepenuhnya dengan asid hidroklorik yang berlebihan menghasilkan 600cm³ gas karbon dioksida dalam masa 1.5 minit.
Cari kadar tindak balas dari segi
- Penurunan jisim kalsium karbonat
- Peningkatan jumlah gas karbon dioksida yang dihasilkan
Jawapan:
a.
Perubahan jumlah bahan tindak balas
= -2.5g
Masa diambil untuk perubahan
= 1.5 minute = 90s
Kadar tindak balas = -2.5g / 90s = 0.027gs-1
b.
Perubahan jumlah hasil tindak balas
= 600cm3
Masa diambil untuk perubahan
= 1.5 minute = 90s
Kadar tindak balas
= 600cm3/90s
=6.7cm3s-1