Bentuk Piawai
- Bentuk piawai ialah satu cara mudah untuk menulis nombor yang amat besar atau amat kecil.
- Dalam bentuk piawai, satu nombor dipisahkan kepada 2 bahagian, iaitu
- satu nombor sahih dengan nilai mutlak di antara 1 dan 10
- satu darjah nilai magnitud yang ditulis sebagai kuasa bagi 10.
Recommended Videos
Scientific Notation
Scientific Notation – Explained!
Angka Bererti
- Dalam pengukuran, bilangan angka bererti mangaitkan kepastian sesuatu pengukuran.
- Apabila bilangan angka bererti meningkat, kepastian terhadap pengukuran dibuat juga meningkat, bermakna kita lebih pasti akan kejituan pengukuran yang di buat.
Contoh:
Laju cahaya di dalam vakum = 299 792 458 ms-1 = 3.00 x 108 ms-1 (betul kepada 3 angka bererti)
Contoh:
Tuliskan bilangan angka bererti (a.b.) bagi nombor-nombor berikut:
- 135 m, (____a.b.)
- 0.013s (____a.b.)
- 0.2000A (____a.b.)
- 25.10 g (____a.b.)
- 3700km (____a.b.)
- 0.003kg (____a.b.)
- 1.54 x 10-3 (____a.b.)
- 0.001200 (____a.b.)
Answer:
- 135 m, ( 3 a.b.)
- 0.013s ( 2 a.b.)
- 0.2000A ( 4 a.b.)
- 25.10 g ( 4 a.b.)
- 3700km ( 4 a.b.)
- 0.003kg ( 1 a.b.)
- 1.54 x 10-3 ( 3 a.b.)
- 0.001200 ( 4 a.b.)